Meskipun tak ramai yang menggemari makanan eksotik seperti kelawar, landak, tupai dan serangga yang menggelikan, namun ada di kalangan kita yang suka mencuba makanan yang lain daripada lain ini.
Terbaru, Agensi Makanan Singapura (SFA) dilaporkan bakal meluluskan 16 ekor serangga untuk makanan orang awam.
Menurut The Straits Times, SFA berkata, mereka akan meluluskan 16 ekor serangga ini pada suku kedua 2023 sebagai serangga yang boleh dimakan manusia.
Malah pada tahun 2022, agensi ini juga telah meminta feedback daripada orang awam dan mendapat 53 respon.
Berikut senarai serangga yang bakal diluluskan SFA:
Sebelum serangga yang disenaraikan ini dijual di pasaran, pembekal dikehendaki untuk mengikuti beberapa garis panduan yang telah ditetapkan oleh SFA. Ini untuk memastikan bahawa ia selamat untuk dimakan.
Kelulusan yang membenarkan serangga ini dimakan adalah selaras dengan pandangan United Nations’ Food and Agriculture Organisation (FAO) yang mempromosi penternakan serangga untuk pemakanan manusia dan haiwan.
FAO juga berkata, serangga mengandungi nutrien yang baik untuk manusia dan mereka memerlukan makanan yang lebih sedikit berbanding ternakan yang lain seperti lembu, ayam dan sebagainya.
So ada yang nak try makan cengkerik atau serangga eksotik yang lain tak? Selain dari Thailand, Singapore pun boleh dah sekarang.