in

Sindrom Air Mata Buaya, Penyakit ‘Rare’ Buatkan Warga Emas Ini ‘Menangis’ Setiap Kali Makan

Air mata buaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menangis selalunya berlaku disebabkan seseorang itu mengalami reaksi emosi yang kuat seperti kesedihan, kesakitan ataupun ketawa yang berlebihan. Tapi, korang tahu tak, ada beberapa kes unik dalam dunia ini dimana seseorang individu itu akan mengeluarkan air mata ketika melakukan aktiviti remeh seperti sedang makan?

USMC 04952 e1646530038418
Gambar hiasan

Oddity Central melaporkan, pada tahun lepas, seorang lelaki warga emas di China telah didiagnos dengan penyakit rare yang dikenali sebagai Sindrom Air Mata Buaya.


Dikenali hanya sebagai Zhang, warga emas terbabit mula menitiskan air mata setiap kali dia sedang makan. Pada mulanya, Zhang tak fikir sangat pasal tu tapi lama-kelamaan, ‘tangisan’nya jadi makin teruk sampai ia memberi kesan pada kehidupan sosial Zhang. Akibatnya, lelaki ini mula mengasingkan diri daripada masyarakat dan elak daripada makan di lokasi awam sebab tak nak dipandang pelik oleh orang lain.

Crocodile tears GH Thumbnail glzrd1 e1646530106440
Gambar hiasan

Sumber melaporkan, Zhang akhirnya sedar ada sesuatu yang tak kena pada dirinya lalu segera mendapatkan bantuan di sebuah hospital di Wuhan. Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendedahkan lelaki ini mempunyai penyakit Sindrom Air Mata Buaya.

Kata doktor yang merawat Zhang, Sindrom Air Mata Buaya yang terjadi pada Zhang berkemungkinan besar berkait rapat dengan kelumpuhan muka yang pernah dialami warga emas berkenaan sebelum ini.

crocodile syndrome e1646530155431

Tidak ada kaitan dengan air mata buaya darat yang membawa maksud tangisan playboy, Sindrom Air Mata Buaya akan menunjukkan beberapa simptom yang berbeza pada pesakit. Bagi kes-kes yang tidak serius, penyakit ini boleh ditangani dengan kaunseling dan pemerhatian kerap.

Bagi kes Zhang pula, warga emas ini memilih untuk melakukan pembedahan bagi merawat penyakitnya. Pun begitu, tiada rekod yang mengesahkan solusi terbabit adalah tetap dalam menyembuhkan Sindrom Air Mata Buaya.

Sumber: Oddity Central

Baca: Menangis Time Exam, Tadika Tolak 3 Markah Atas Sebab Ganggu Konsentrasi Pelajar Lain

1exam e1646528962748

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.