Ada sesetengah orang kalau naik public transport mesti akan rasa mengantuk, sebabkan itulah ada yang sampai terlepas perhentian yang nak dituju. Tapi nak buat macam mana salah kita sendiri kan…
Ini pula lain ceritanya, difahamkan seorang wanita dari China terlelap ketika menaiki public transport. Bila dia sedar yang dia terlepas perhentian, dia secara tiba-tiba mengamuk dan paksa pemandu bas tu untuk berhenti, lapor Dailymail.
Video mengenai wanita berkenaan telah dikongsi di Twitter SCMP News, kalau korang tengok tindakan wanita ini memang boleh jadi punca kemalangan.
This woman in China missed her bus stop, so she tried to kick down the door and then grabbed the steering wheel. pic.twitter.com/7Hy6GeiivP
— South China Morning Post (@SCMPNews) July 7, 2020
Kejadian itu dipercayai berlaku di bandar Putian, China sekitar 1:30 petang.
Jika anda perhatikan video itu, wanita tersebut merupakan satu-satunya penumpang yang tinggal di dalam bas berkenaan. Namun, kesahihan mengenai info ini tidak dapat dipastikan.
Sebaik sahaja pemandu itu menghentikan bas di salah satu station, wanita itu tidak turun pun. Bila pintu itu ditutup semula dia lagi berteriak pada pemandu itu dengan alasan.
Dekat luar tu sangat panas, macam mana saya nak keluar?”
Walaubagaimanapun, menurut laporan wanita tersebut telah dikenakan tindakan jenayah kerana disyaki membahayakan keselamatan awam.
Baca: Siapa Rayhan Kabir, Lelaki Bangladesh Yang ‘Buka Cerita’ Kepada Al Jazeera