Seorang TikToker @Koocester yang sering menanyakan tips kejayaan daripada pemilik-pemilik kereta mewah yang ditemuinya di Singapura dan Malaysia kini sudah memfokuskan dalam penghasilan kandungan mengenai hartanah-hartanah mewah yang ada di kedua-dua negara.
Terbaharu, Koocester telah memuat naik pengalaman pertamanya melawat rumah mewah di Malaysia yang dimiliki oleh Asyraf Khalid, anak kepada Datuk K.
Menerusi video berkenaan, Koocester dilihat menyapa Asyraf sebelum dipelawa masuk dan dia pada awalnya tertarik dengan kereta Tesla Model Y milik Asyraf sebelum bertanyakan soalan ‘wajib’ iaitu apakah pekerjaan yang dilakukannya.
Selepas sedikit sebanyak penerangan yang diberikan Asyraf tentang perniagaannya, dia telah membawa Koochester untuk house tour di beberapa bahagian rumahnya.
Untuk bahagian pertama, Asyraf menunjukkan ruang pawagam mini miliknya sebelum ke bahagian lain di rumah bernilai 8.5 juta tersebut seperti bilik tetamu, ruang tamu yang luas, kawasan makan, dapur dan lain-lain.
Artikel berkaitan : “Rezeki masa kecil tolong ibu jual kuih” – Netizen Teruja Lihat Tokti Beli Rumah Mewah Di Dubai
Artikel berkaitan : Ramesh Babu : Si Tukang Gunting Jutawan Yang Miliki Ratusan Kereta Mewah Termasuk Rolls Royce
Menurutnya, kos yang dihabiskan untuk menyelenggara rumah berkenaan adalah sekitar RM20,000 termasuk kos pengawal keselamatan dan pembantu rumah.
Selesai tour di bahagian bawah rumah, Asyraf membawa TikToker tersebut ke bahagian atas yang menempatkan bilik anak-anak, bilik pakaian dan balkoni.
Apa yang menarik perhatian Koocester adalah barisan jam-jam mewah milik Asyraf yang tersusun rapi di dalam almari kaca termasuklah seutas jam tangan Rolex edisi khas Singapura yang dibuat beberapa ratus unit sahaja.
Sepanjang house tour berlangsung, Asyraf kelihatan lebih selesa berdiam diri dan cuba mengelak daripada mendedahkan harga-harga barangan yang ada di rumahnya atau berapa banyak telah dihabiskan untuk membeli satu-satu barangan.
Sebagai contoh, ketika ditanya mengenai jam berjenama Patek Philippe yang sedang dipakainya, dia hanya mengatakan ianya adalah murah, walaupun Koochester menganggarkan jam berkenaan adalah sekitar RM988,888.
@koocester The long awaited and the FIRST house tour I did for Malaysia! Had breakfast here with @qiwiie ♬ original sound – Koocester
Perkara tersebut telah mendapat pujian para netizen di ruangan komen video yang telah menerima tontonan lebih daripada 2 juta itu dan ada juga yang memuji cara percakapan beliau yang sangat merendah diri dan berpengetahuan.
Selain daripada house tour, Asyraf sempat juga berkongi tips-tips mengenai perniagaan selain sempat meluarkan hasratnya untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan dengan apa yang dimiliknya.
Tambahnya lagi, dia berharap dapat menjadi seorang bilionair dan mahu menjadi seorang filantropi yang mampu memberikan impak positif kepada orang ramai.
Sumber : TikTok