Berita baik buat rakyat Malaysia, Kesatuan Eropah (EU) telah mengiktiraf sijil vaksinasi digital MySejahtera!
Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas, melalui laman Twitternya berkongsi berita baik itu dan dalam kenyataanya perkara tersebut berkuat kuasa secara rasmi semalam (4 April).
Some great news: The EU 🇪🇺 has accepted Malaysia 🇲🇾 @officialmosti request for establishing the equivalence between EU’s Digital Covid Certificate and Malaysia’s MySejahtera. A booster for business and tourism! @KKMPutrajaya @Khairykj @MalaysiaMFA https://t.co/WFwa7wjSVQ pic.twitter.com/kj78PxZ0pZ
— Michalis Rokas (@MichalisRokasEU) April 4, 2022
Dalam Tweet tersebut beliau menulis,
“EU telah menerima permintaan Malaysia untuk mewujudkan kesetaraan antara Sijil Covid Digital EU dan MySejahtera Malaysia. Penggalak untuk perniagaan dan pelancongan!”
Berdasarkan laporan oleh Kosmo!, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen, mengesahkan pengumuman Rokas dalam satu kenyataan dan beliau berkata;
“Sijil vaksinasi dan ujian Covid-19 yang dikeluarkan oleh Malaysia mengikut ‘Sistem Pengurusan Vaksin’ bagi tujuan memudahkan hak pergerakan bebas dalam sebuah kesatuan, dianggap setara dengan yang dikeluarkan mengikut Peraturan (EU) 2021/953.
“Malaysia akan dihubungkan dengan rangka kerja amanah Sijil Covid Digital EU yang ditubuhkan oleh Peraturan (EU) 2021/953,”
Dalam laporan yang sama, difahamkan Peraturan (EU) 2021/953 menetapkan rangka kerja untuk pengeluaran, pengesahan dan penerimaan pengvaksinan Covid-19 yang saling beroperasi menerusi ujian dan sijil pemulihan yang memudahkan pemegang melaksanakan hak mereka untuk bebas bergerak semasa tempoh pandemik.
“Aplikasi MySejahtera juga mengandungi sijil ujian pengesahan Covid-19 bagi ujian real-time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) tetapi bukan ujian antigen pantas,” katanya.
Hebatnya!
Baca: MySejahtera Didakwa Telah Dijual Kepada Syarikat Swasta, Ini Penjelasan KJ…