in

“Siapa yang kantoi ni?” – Netizen Terkejut Tengok Papan Iklan Tengah KL Tayang ‘Search History’ Pelik!

collage 11

Bila lalu highway atau kawasan yang sibuk, kita biasanya tak hairan sangat dengan papan iklan digital sebab kebanyakannya cuma tayang iklan biasa. Tapi baru-baru ni, ramai pengguna jalan raya terkejut bila satu billboard dekat tengah KL tunjuk paparan pelik. Bukan iklan jenama atau promo produk, tapi macam tangkap layar sejarah carian seseorang!

“Who is M Nasir?” jadi soalan pertama yang curi perhatian

IMG 6189

Soalan pertama yang muncul dekat search history tu pun bukan soalan biasa, “Who is M Nasir?”. Nama M Nasir dah sinonim dengan dunia muzik dan seni Malaysia. Jadi bila soalan macam ni keluar, ramai netizen anggap ia mungkin datang daripada generasi muda yang tak kenal ikon muzik dan seni tanah air ni.

Soalan yang lain pun tak kurang peliknya juga, antaranya termasuk “Is pickleball overrated”, “What does cat food taste like”, “What’s the main attraction of Sabah”, dan “Why body itchy after thrifting”. Gabungan soalan ni memang sangat random dan menghiburkan, macam rasa ingin tahu yang tiba-tiba muncul dalam kepala seseorang waktu tengah bosan atau susah tidur.

“Kantoi 1 jalan raya. Semua baca oiiii”

@nobizukadorayaki

OMGGG whose search history is this 🤣🤣 #socuteeee #billboard #pityadmin

♬ original sound – Nobita Shizuka – Nobita Shizuka

Apa yang buatkan paparan tersebut jadi lebih misteri apabila tak ada langsung elemen penjenamaan. Langsung tak ada logo, nama syarikat atau mesej yang boleh jelaskan kenapa search history tersebut dibongkarkan kepada orang awam.

Ada netizen anggap ini mungkin eksperimen sosial atau staf yang kendalikan sistem papan iklan tu tersilap dan secara tak sengaja tertunjuk sejarah carian dia sendiri.

Kita pun pernah buat benda sama…

IMG 6200

Walaupun paparan iklan ni nampak lucu dan pelik, ia juga buat ramai muhasabah diri. Mana tidaknya, siapa je yang tak pernah buat carian pelik-pelik macam ni, yang memalukan pun ada. Cuma bezanya, carian kita tak ditayangkan dekat billboard sampai satu negara boleh tengok. Sebab tu, bila benda ni viral, ramai jugak yang cepat-cepat padam history masing-masing. Hahaha

Kalau korang ada perasan papan iklan ni muncul dekat kawasan lain, kongsi kawasan tersebut dekat ruangan komen atau kalau korang sempat ambil video atau ada teori menarik, jom kita kupas kat ruangan komen.