Viral di Twitter sebuah video menunjukkan pasukan PDRM menjalankan tugas membuat sekatan jalan raya di Putrajaya. Video tersebut mendapat perhatian ramai kerana pasukan polis tersebut tetap meneruskan tugas mereka meskipun dalam cuaca buruk.
Dalam video itu, boleh dilihat tiga orang pegawai terpaksa bertahan ketika sedang hujan ribut. Dua daripada mereka menahan kerusi dan payung daripada terbang sambil berteduh di bawahnya. Manakala seorang lagi dilihat sedang mengangkat tanda berhenti yang terjatuh akibat angin ribut yang kuat.
Terima kasih tidak terhingga kepada pasukan PDRM dalam memastikan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Mengehadkan pergerakan amat penting untuk memutuskan rangkaian jangkitan #COVIDー19 di Malaysia.
Duduk di rumah. Jangan merayau.
Kredit @theSundaily pic.twitter.com/TisJIpDyd9
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 24, 2020
Masuk hari ke-7 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ternyata masih ramai yang ingkar dan tidak mematuhi arahan kerajaan, lapor Berita Harian.
Tinjauan di sekitar ibu kota mendapati beberapa laluan sesak teruk hampir 1 kilometer ketika melepasi sekatan jalan raya pihak berkuasa sejak jam 9 pagi lagi.
Bukan itu saja, sebuah video di Twitter menunjukkan rakaman suasana di sekitar Jalan Duta Kiara. Dalam video pendek berdurasi 11 saat itu, beberapa individu dilihat sedang jogging dan ada juga yang berbasikal seperti biasa sedangkan kita semua sudah diarahkan untuk duduk di rumah dalam tempoh perintah berkurung ini.
Within a min, at least 10 persons jogging and 3 others cycling along Jalan Duta Kiara…! What is happening here ! #StayAtHome #StayHomeStaySafe @MKNJPM @MINDEFMalaysia @PDRMsia pic.twitter.com/k0lpTAfrmV
— Average Joe (@elzalyff) March 23, 2020
Come on Malaysians, we are better than this. Takkan arahan semudah itu pun susah nak ikut? Jangan pentingkan diri atau tidak ambil peduli ye sebab ini adalah saat yang getir dan situasi ini sangat serious!