Beberapa hari lalu, viral di media sosial video sesi IG live Bella Astillah dan bekas suaminya, Aliff Aziz yang kelihatan mesra bersama biarpun sudah berpisah.
Video tersebut telah mendapat kecaman hebat netizen yang tak berapa suka tengok mereka rapat dan tidak merestui jika mereka ingin kembali bersama.
https://twitter.com/EBatrishiaa/status/1175673989026304002?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1175673989026304002&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fdah-dah-lah-tu-bella-netizen-dah-mula-meluat-tengok-bella-masih-ig-live-dengan-bekas-suami-ini-respon-aliff%2F
Namun nampaknya, pandangan netizen ramai tidak menjadi kudis buat Bella kerana dia tidak peduli dengan tanggapan netizen terhadapnya dan bekas suami.
“Apa yang saya mau buat tu semua adalah hak saya. Siapa tahu kalau memang masih ada jodoh?”
Menerusi perkongsian Bella di instastory, dia sememangnya sudah tidak kisah dengan apa kata orang malah pada masa yang sama, Bella juga tidak suka bermusuh dengan Aliff kerana lelaki itu masih bapa kepada anak mereka, Ayden Adrean.
Selain itu, Bella juga meminta netizen tidak terlalu kolot kerana bak katanya, mana tahu kalau dia masih ada jodoh dengan Aliff lagi kan?

“Ala, cakap je la MAK AYDEN masih sayangkan Aliff, kan senang”
Rata-rata netizen nampaknya masih 50-50 dengan kemesraan yang terjalin antara Bella dan Aliff. Ada yang setuju mereka kembali bersama kerana anak, namun ada juga yang menyindir kerana menganggap Bella terlalu bodoh untuk terima Aliff kembali.