in

“Siapa report kena pecat serta-merta” – Syarikat Minta Pekerja Berbaju ‘Long Sleeve’ Untuk Sorok Gelang ‘Pink’

Sorok Gelang Pink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, negara kita sekali lagi mencatatkan rekod kes harian jangkitan COVID-19 tertinggi selepas sebanyak 23,564 kes direkodkan. Difahamkan, dengan peningkatan tersebut, angka keseluruhan kes positif Malaysia kini adalah 1,513,024.


2Cb2272D4Beba48009Fa3A2E7101B5F0 E1629510926452
Gambar hiasan

Peningkatan kes harian itu menimbulkan kerisauan ramai. Pun begitu, masih ada juga sesetengah individu yang enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Lebih parah, pihak terbabit dikatakan telah mengarah para pekerjanya yang sedang menjalani tempoh kuarantin untuk bekerja meskipun sedang memakai gelang pink.

Menurut The Vocket yang memetik perkongsian di laman sosial Facebook, satu screenshot telah tular dimana pekerja sebuah syarikat diminta untuk memakai baju lengan panjang ketika ke pejabat untuk menyorokkan gelang kuarantin yang dipakai. Difahamkan, perbuatan terbabit bertujuan untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

238948074 568059957942724 625797081190393834 N E1629510963335

Tidak cukup dengan itu, arahan terbabit turut diikuti dengan satu peringatan dimana mana-mana pekerja yang melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa akan dibuang kerja berkuat-kuasa serta-merta.

Memetik World of Buzz, admin kumpulan Facebook terbabit menjelaskan bagi pihak netizen yang enggan dikenali bahawa syarikat berkenaan dipaksa untuk tutup sementara selepas ramai pekerjanya disahkan positif wabak COVID-19.

Dikhabarkan, syarikat terbabit mempunyai 200 orang pekerja dan 126 daripadanya dikatakan telah disahkan positif wabak maut itu. Manakala, 70 pekerja yang lain telah dipakaikan gelang pink dan diminta untuk menjalankan kuarantin kendiri di rumah.

Dalam pada itu, difahamkan, 4 orang pekerja syarikat terbabit sudah meninggal dunia selepas disahkan positif COVID-19.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu sudah menerima 2.5 ribu reaksi netizen dan sudah dikongsikan sebanyak 1.5 ribu kali.

Rata-rata pengguna laman sosial berang dengan tindakan syarikat terbabit. Malah, ada juga yang meminta supaya nama syarikat tersebut dikongsikan kepad umum.

Sumber: The Vocket, Facebook, World of Buzz

Baca: “Kalau pandang dengan mata kasar tak nampak” – Lelaki OKU Langgar Perintah Kuarantin, Pergi Pasar Raya Sorok Gelang Pink Bawah Jam Tangan!

Gelang Pink Lagi E1629509769165

Sumber: MalaysiaKini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.