in

Siapa Pengganti Jokowi? Kenali 3 Calon Presiden Indonesia Yang Bertanding Hari Ini

2535254

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan hari yang penting untuk rakyat Indonesia kerana mereka akan memilih calon yang akan menggantikan Presiden Joko Widodo yang sedang menjalani penggal kedua dan terakhirnya sebagai pemimpin Indonesia.

Untuk pengetahuan korang, Indonesia merupakan negara demokrasi ketiga terbesar di dunia dan ini merupakan pemilihan presiden dan perundangan kelima sejak menyingkirkan pemerintahan diktator pada 1998.


Pilihanraya ini merupakan perlumbaan tiga penjuru bagi jawatan presiden di antara Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto dan dua bekas gabenor wilayah, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo di mana jika tiada salah seorang calon pun yang berjaya mendapat undian lebih dari 50% pada pusingan pertama ini, satu lagi undian bakal dibuat mempertandingkan dua calon dengan undian tertinggi yang dijadualkan berlangsung pada 26 Jun.

Menariknya, di Indonesia mana-mana rakyat yang berumur 17 tahun dan ke atas dibenarkan untuk mengundi namun begitu, anggota polis dan tentera dilarang untuk mengundi.

Berikut antara apa yang korang perlu tahu tentang calon-calon yang bertanding untuk jawatan Presiden Indonesia pada hari ini:

1. Prabowo Subianto

2443676

Menteri Pertahanan Prabowo Subianto merupakan satu-satunya calon yang mempunyai kaitan dengan pemerintahan diktator Suharto dari 1967-98 di mana beliau telah memegang jawatan sebagai leftenan jeneral.

Prabowo merupakan komander yang lama berkhidmat dalam pasukan khas Kopassus sebelum beliau diberhentikan secara tidak hormat pada tahun 1998 selepas askar-askar Kopassus telah menculik dan menyeksa lawan politik Suharto yang ketika itu merupakan bapa mertuanya.

Untuk pengetahuan korang, seramai 22 aktivis yang diculik pada tahun tersebut 13 daripadanya masih belum dijumpai. Prabowo tak pernah dibicarakan mengenai kes ini namun begitu, beberapa orang bawahannya telah pun dibicarakan dan dihukum.

Prabowo kemudiannya telah mengasingkan diri ke Jordan selama beberapa tahun sebelum kembali ke Indonesia dan mengasas Parti Gerindra pada 2008 dan bertanding untuk jawatan presiden sebanyak dua kali dan kalah di tangan Presiden Jokowi.

Pada awalnya, Prabowo enggan menerima keputusan kekalahannya namun begitu, beliau telah menerima tawaran Jokowi untuk memegang jawatan sebagai menteri pertahanan pada 2019 sebagai kerajaan perpaduan.

Tinjauan menunjukkan Subianto merupakan calon pilihan ramai berbanding dua pencalonan lain namun begitu mungkin tidak berjaya mendapatkan majoriti dan perlu melalui pusingan kedua undian.

Prabowo merupakan calon tertua di dalam pilihanraya kali ini dan beliau telah memilihcalon termuda  untuk menjadi naib presiden iaitu Datuk Bandar Surakarta Rakabuming Raka yang juga merupakan anak sulung Jokowi yang baru sahaja berusia 36 tahun.

Prabowo Gibran 1 169

Prabowo berjanji untuk meneruskan pelan kemajuan ekonomi Jokowi telah meningkatkan lagi popularitinya dikalangan pengundi. Namun begitu, ramai aktivis kemanusian menolak Prabowo kerana mengaitkan beliau dengan seksaan dan kehilangan aktivis di tahun-tahun terakhir pemerintahan diktator Suharto.

2. Ganjar Pranowo

201501205Kums Scaled E1594856242283 599X800 1

Ganjar Pranowo merupakan calon dari parti kerajaan sekarang namun begitu, beliau tidak mendapat sokongan dari Jokowi yang dilihat telah memberikan sokongan penuh kepada Prabowo Subianto dan anaknya, Raka.

Ganjar merupakan penggubal undang-undang kebangsaan untuk Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan yang memerintah selama 10 tahun sebelum dipilih pada 2013 gabenor Jawa Tengah untuk tempoh sepenggal.

Ketika memegang jawatan sebagai gabenor, Ganjar telah menghalang Israel dari bertanding untuk Piala Dunia FIFA bawah 20 tahun yang diadakan di wilayahnya. Ekoran ini, FIFA telah melucutkan Indonesia untuk menjadi tuan rumah sukan tersebut sehingga Ganjar telah dikecam oleh peminat-peminat bola sepak.

Ganjar dilihat tidak menyokong dasar Jokowi seperti Prabowo dan mengatakan:

Kita mahu memajukan Indonesia dengan pantas dan meneruskan perkara baik yang telah dilakukan oleh kerajaan sekarang dan memperbetulkan apa yang tak cukup bagus dan meninggalkan yang tidak bagus.”

Ganjar Mahfud 1665354878.Jpg

Ganjar memilih calon naib presiden Mohammad Mahfud yang telah meletakkan jawatan sebagai menteri keselamatan bagi memberikan fokus terhadap kempennya. Beliau juga merupakan bekas menteri pertahanan dan menteri kehakiman untuk Mahkamah Perlembagaan.

3. Anies Baswedan

2492477

Anies Baswedan merupakan bekas ketua universiti Islam dan pernah berkhidmat sebagai gabenor Jakarta sehingga tahun lalu selepas memenangi pilihan raya yang memecahbelahkan pada 2017 menentang penyandang etnik Cina Kristian yang disokong oleh Jokowi.

Anies merupakan bekas sarjana Fulbright pernah menjadi menteri pendidikan dan kebudayaan dari tahun 2014 sehingga 2016 sebelum Jokowi memecatnya dari kabinet.

Disokong oleh kumpulan Islam konservatif, beliau menggerakkan ratusan ribu orang untuk turun ke jalan raya untuk membuat protes terhadap gabenor Kristian, Basuki Tjahaja Purnama pada tahun 2016 yang kemudiannya dipenjarakan atas tuduhan menghina agama selepas memetik al-Quran dalam satu ucapan. Baswedan dilihat menggunakan kontroversi tersebut untuk berjaya bertanding jawatan gabenor.

Kerana gemar menggunakan sentimen agama dalam politiknya pada tahun 2017, dia telah menjadi calon yang tidak digemari untuk orang-orang Islam bukan konservatif. Ekoran ini, beliau telah memilih Muhaimin Iskandar sebagai calon naib presiden untuk memenangi undian mereka.

Team Amin E1694395986341.Jpeg

Muhaimin merupakan ahli Parti Kebangkitan Nasional yang mempunyai pertalian kuat dengan organisasi Islamik, Nahdlatul Ulama yang mempunyai seramai 45 juta ahli.

Anies membantah pelan Jokowi untuk memindahkan Jakarta ke Nusantara di mana ia akan melibatkan pembinaan semula bangunan dan perumahan kerajaan.

Sumber: AP News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.