in

“Siap pakai crown” – [VIDEO] Hadir Ke Mahkamah Sebagai ‘Elsa’, Ramai ‘Cair’ Tengok Bella

Bella Elsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini kes perbicaraan remaja yang menghidap Sindrom Down atau lebih dikenali sebagai Bella diteruskan.

Kes penderaan itu berlaku di sebuah rumah kebajikan Rumah Bonda yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, didakwa remaja itu didera oleh pengasas rumah kebajikan tersebut Siti Bainun Ahd Razali.


Pagi tadi, perbicaraan bersambung di mana Bella telah hadir di Mahkamah Sesyen untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-18 dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menderanya.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian netizen, Bella menghadirkan diri persis puteri Disney dari filem Frozen iaitu Elsa.

https://www.facebook.com/723779435/videos/pcb.10159562086389436/625766489112532

Malah, remaja tersebut turut memakai sepersalinan penuh siap dengan tiara dan dia juga memegang wand serta memakai rambut palsu yang bertocang. Betul-betul macam Elsa! 

“Semoga kemenangan berpihak kepada Bella” 

Ruangan komen dipenuhi dengan pujian kepada Bella dan tidak kurang juga mereka yang mendoakan agar Bella mendapat keadilan yang setimpal.

Bella

Comel betul Bella, happy tengok dia tersenyum!

Baca:  “Kami makan ‘king crab’ Bella makan cili”- Rakan Siti Bainun 

Kami Makan King Crab Bella Makan Cili

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.