in

“Siap offer nak jadi isteri kedua” – Influencer Dedah Ada Niqabis Cuba ‘Sondol’ Suami?

Aisyah Hijannah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, cerita mengenai wanita bujang cuba mengganggu rumah tangga lelaki berkeluarga kian didengari. Terbaru, seorang influencer kerohanian yang juga seorang usahawan iaitu Aisyah Hijannah berkongsi ceritanya berdepan dengan situasi tersebut.

Menerusi IG story miliknya, Aisyah berkata dia terkejut apabila suaminya Mohd Hazalif atau lebih dikenali sebagai Alif Teega tiba-tiba menukar default picture laman sosialnya kepada gambar keluarga mereka.


Apabila ditanya, Alif memberitahu ada seorang wanita yang tidak tahu mereka telah berkahwin malah menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua.

Ah1

Wanita tersebut bukan sahaja membuat pengakuan tersebut malah dia turut berkata dia ingin bertemu dengan ibu Alif untuk meluahkan perasaannya itu. Tidak cukup dengan itu, dia turut menghantar DM serta e-mail kepada Aisyah sendiri dan ingin bersua muka dengannya.

Ah2

Kemudian, Aisyah berkongsi bahawa dia dan Alif memulakan hidup bersama dari bawah dan bersusah-payah bersama sehingga mereka kecapi apa yang mereka ada sekarang.

Aisyah turut menitipkan pesanan buat niqabis itu agar tidak menggunakan agama sebagai ‘lesen’ untuk mengambil suami orang.

Ah3

Pun begitu, Aisyah berkata dia telah pun memadam mesej-mesej berkenaan dan berpesan kepada wanita berkenaan agar bersabar dan biar Tuhan mengaturkan segalanya.

Ah4

Takpe sis, banyak je lelaki single lain yang baik di luar sana…

Baca: Azhar Sulaiman Sedia Berlakon Dengan Sophia Albarakbah, Walaupun Dibelenggu Kontroversi

Azhar Sulaiman Sophia Albarakbah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.