Mempunyai perwatakan yang lemah lembut, rendah diri dan bersuara merdu daripada penyanyi nombor satu negara ini cukup disenangi oleh rakyat Malaysia.
Segala tindak tanduk yang dilakukan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi ini pasti akan menjadi tumpuan netizen terutamanya para peminatnya.
Terbaru ini, satu video memaparkan TokTi sedang manyampaikan laporan cuaca dan ia sekaligus membuatkan ramai netizen cair apabila melihatnya.
Siti Nurhaliza melaporkan cuaca terkini & Monsun Timur Laut oleh MET Malaysia.
Dalam video tersebut, TokTi sedang membuat laporan berkenaan dengan cuaca terkini dan Monsun Timur Laut yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) .
Difahamkan laporan itu diterbitkan menerusi Berita RTM, TV1, jam 8 malam tadi. Namun, video tersebut tular semula di Twitter sehingga meraih lebih daripada 2,800 jumlah retweets dalam masa 20 jam ia dikongsikan. Siap nyanyi lagi masa intro!
Siti siap menyanyi lagi 😂 boleh tengok laporan cuaca 8 malam nanti di Berita RTM pic.twitter.com/vdIwwa4HSn
— 고운 흰 천 (@BAD_ARSILA) December 21, 2022
Melihat penyampaian laporan daripada TokTi itu, ramai peminat-peminatnya memuji dan anggap ianya sangat comel.
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji sikap TokTi yang merendah diri kerana memperkenalkan dirinya dengan hanya nama tanpa menyebut sebanrang gelaran kehormat yang ada pada diri.
Humble & comel – Netizen
Min pun bila tengok, reaction min sama macam gambar meme kat atas ni. Hehehehehe
Baca : “Saya dah sedia nak buka silat”- Rupanya Ada Kisah Disebalik Selfie TokTi Dengan Lee Min Ho