in

“Siap bagi free pada budak!” – Doktor Dedah Rutin Wajib Etnik Uighur Dipaksa Makan Babi Setiap Jumaat

Uighur 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lebih dua tahun semenjak Sayragul Sautbay dibebaskan dari ‘pusat latihan’ di wilayah barat China. Namun begitu, wanita ini mengaku, dia masih dihantui mimpi ngeri mengenai pengalamannya semasa ditahan di fasiliti berkenaan.


Sayragul Sautbay E1607221651886

Dalam satu temu bual bersama Al Jazeera, Sayragul yang juga merupakan seorang doktor dan pendidik mendedahkan, salah satu perkara paling ngeri yang perlu dilaluinya ketika ditahan adalah dipaksa memakan daging babi setiap hari Jumaat.

Menurut wanita yang juga ibu kepada dua anak itu, kerajaan China sengaja memilih hari Jumaat ekoran mengetahui hari berkenaan adalah suci buat penganut agama Islam.

Ujar Sayragul lagi, polisi itu sengaja dilaksanakan untuk memalukan dan menghina tahanan beragama Islam.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika dipaksa makan babi. Saya rasa seperti orang lain. Dunia saya gelap,” tambahnya lagi.

Sayragul yang kini menetap di Sweden telah menerbitkan sebuah buku untuk berkongsi mengenai pengalamannya semasa ditahan di ‘pusat latihan’ itu.

Sautbay Book E1607221910255

Dalam buku tersebut, Sayragul turut menceritakan pengalamannya menyaksikan kekerasan, penderaan seksual dan juga pemandulan paksa bagi mengelakkan wanita Islam etnik Uighur untuk melahirkan zuriat lagi.

Beri kanak-kanak tadika makanan yang mengandungi daging babi tanpa pengetahuan

Uighur E1607222100288

Dalam temu bual sama, Sayragul turut mendedahkan bahawa kerajaan Xinjiang ada memulakan satu inisiatif digelar ‘makanan percuma’ dan sasaran mereka adalah kanak-kanak di tadika.

Menurut Sayragul, kanak-kanak tadika beragama Islam di sebuah sekolah di bandar Altay yang terletak di utara Xinjiang telah diberi makan daging babi tanpa pengetahuan mereka melalui inisiatif ‘makanan percuma’ berkenaan.

Uigyur

“Mereka mahu mengajar kanak-kanak Muslim dari usia muda supaya menggemari rasa daging tidak halal itu,” terang Sayragul.

Ada usaha jadikan wilayah Xinjiang sebagai hab penternakan babi

Adrian Zenz E1607222324447

Sementara itu, pakar antropologi Jerman, Adrian Zenz berkata, terdapat usaha aktif untuk mempromosikan dan mengembangkan ladang ternakan babi di kawasan Xinjiang.

Pig Sty E1607222453322

Menurut Adrian, ladang ternakan baharu itu dibangunkan di kawasan selatan Kashgar dan sasaran ternakan adalah sebanyak 40,000 ekor babi setiap tahun.

“Ini merupakan salah satu usaha untuk mengubah Muslim Uighur dan membasmi budaya mereka di wilayah Xinjiang,” katanya.

Sumber: Al Jazeera

Baca: “Presiden Xi Jinping Akui Kadar Kelahiran Di Uighur Berkurang Tapi Tolak Dakwaan Kerajaan Mandulkan Wanita Muslim Di Wilayah Itu

Eu7 E1607221385922

Sumber: SWR
Sumber: Taiwan News
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.