Selain naik bas, menunggang basikal atau motosikal, masih ramai pelajar yang lebih prefer untuk jalan kaki pergi dan pulang dari sekolah. Tapi, pada yang berjalan sorang-sorang tu, kena sentiasa beringat, walaupun dekat tempat yang familiar, bahaya tetap ada.
Macam insiden yang berlaku di Kampung Baru Sri Parit, Lukut ni. Seorang remaja berusia 16 tahun telah menjadi mangsa seorang lelaki gatal bila dia dicabul semasa berjalan pulang ke rumah dari sekolah.

Menurut Sinchew, kejadian ini berlaku pada Isnin lalu kira-kira jam 2 petang. Seorang penunggang motosikal telah mengikut remaja ini dari belakang semasa dia sedang berjalan seorang diri.
Mangsa berkata, dia ada dengar bunyi motor ekor dia dari belakang untuk satu masa yang agak lama, tapi dia tak ada pula fikir apa-apa yang buruk. Tambah lagi jalan yang dia lalu tu memang jalan biasa budak-budak sekolah lalu dan ramai orang lalu lalang.
Namun tiba-tiba, penunggang motor ini telah memotong gadis ini, pusing dan meraba dadanya. Terkejut dengan tindakan tak senonoh lelaki tersebut, remaja ini telah menjerit meminta pertolongan.

Nasib baik dekat kawasan tu ada beberapa gerai berhampiran, orang-orang di sana telah pergi ke arah gadis ini untuk membantunya.
Malangnya, bila remaja ini menjerit, lelaki tersebut telah memecut motornya untuk melarikan diri. Jadi, penduduk kampung tak sempat pun nak kejar lelaki tu.
Gadis ini berjaya pulang ke rumah dengan selamat tapi dia masih lagi trauma dengan apa yang berlaku. Ketua kampung pula telah berkata yang dia akan membantu gadis itu untuk membuat laporan polis dan berharap pihak polis dapat membuat rondaan di kampung itu.
Harapnya, pihak berkuasa dapatlah tangkap pervert tu. Untuk pelajar-pelajar sekolah, kalau boleh cuba cari kawan untuk jalan bersama atau bawa payung semasa berjalan untuk jadikan senjata. Ok?