in

“Shopping barang basah kt Jaya Grocer boleh, ayam seketul seringgit pun mintak diskaun”- Peniaga Bengang Dengan Perangai ‘Minah’ Ni

FEATURED 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang merupakan seorang peniaga, pernah tak berhadapan dengan pembeli yang perangainya nauzubillah tak boleh bawa berbincang.

Memang lah ‘customer is always right‘ tapi tengok keadaan jugak kan? Kalau dah salah tu, salah jugak lah!


Macam yang berlaku kat seorang brader ni, Syed Alwi semalam, bila mana dia terpaksa melayan kerenah seorang pembeli yang disifatkan sebagai melampau, sebab…

 

“Aku jual ayam seketul seringgit, semalam satu pek aku letak 5 ketul ayam aku jual RM2, dia boleh mintak diskaun lagi…”

https://www.facebook.com/alketupat/posts/10214735908006554

Bercakap kepada Lobak Merah, Alwi berkata dia dah selalu berhadapan dengan pelbagai kerenah pembeli, cuma semalam disifatkannya sebagai melampau.

“Bila dah nak tutup kedai, biasanya saya lelong 4/5 ketul jual RM2 je, tapi minah ni siap mintak diskaun lagi padahal tangan bawak banyak plastik Jaya Grocer”

Ni lah salah satu dugaan berniaga. Konsep saya meniaga. Ayam fresh hari2. So saya akan habiskan goreng semua ayam utk hari tersebut. Bila agak2 lambat or banyak lagi time dah nak tutup kedai. Saya akan lelong. Instead seketol rm1. Saya akan jual 4/5 ketol 2rgt. Di bungkus dalam satu pek banyak2.

Nak jadi cerita, ada hamba Allah ni dtg. Dia mintak 1 bungkus tu rm1. Di hati mmg niat kalau betoi xmampu nak bg jelah. Tp bila dia keluarkan ayat yang berbunyi sindiran dan sarcasm seperti ini “DULU SERINGGIT JE SEBUNGKUS, KORANG MAKIN LAMA MAKIN MAHAL JUAL, SAYA HARI2 BELI”, katanya yang ditangan penub plastik jaya grocer. Shopping barang basah bukan dekat kedai aceh uols. Ikan ayam di JAYA Grocer ye. Hatta sayur2 sayuran dia pun dia beli salad, xmakan kubis kedai pak mael.

“Aku jual rm2 lelong pun hang nak mintak kurang lagi, dalam satu pek ada 5 ketoiii oii”

78689587 485934248695011 6596108136363327488 n

Isunya di sini, kalau kedai melayu, yang dah bg diskaun hang nak perah sampai buleh xpayah bayaq. Dalam satu pek 5 ketoi oiii, bukan seketoi dua aku bg. Aku jual rm2 leloong pn hang nak mintak kurang lagi. Kalau ang amek 2-3 pek ampun lagi aku boleh bg lebih kurang. Dah la muka mai cengei lagu mati laki. Paih tu siap sedap dok perllii baikk punya, celah maan aku dok jual 5 kwtoi swringgit. Ang ingat aku ni pusat zakat ka atau pusat baitulmal. Cek tau bila patut cek nak sedekah. And bila orang2 mcm hang ni lah yg buat aku xikhlas kalau nk bersedekah.

Alwi berkata kepada Lobak Merah,  Kedai Ayam Goreng Berhantu Pak Syed Family miliknya yang terletak di Vista Angkasa, Bangsar memang selalu dikunjungi ramai orang setiap hari.

Namun kejadian seperti ini merupakan yang pertama kali berlaku, tapi menurutnya sebagai peniaga dia perlu melayan pelanggan dengan baik meskipun ‘sakit hati’ dengan perangai minah diskaun tersebut.

5 3
Gerai Alwi selalu dikunjungi ramai pembeli / Sumber: facebook

Katanya lagi, minah yang umurnya dalam lingkungan 25-30 tahun itu dah banyak kali minta murah sebelum ni, tapi Alwi layan lagi cuma semalam melampau sangat.

“Dia datang2 dia perli, dia tanya satu paket tu berapa ringgit (satu paket ada 5 ketul ayam), sepatutnya rm5 aku bagi diskaun jadi rm2 je.”

Staf aku terus cakap rm2 je, tiba-tiba minah tu…..

Minah X : Eh bukan seringgit ke?Sebelum ni saya beli seringgit je, korang ni pandai eh sekarang makin lama makin mahal eh harga..saya nak seringgit jugak.

(Alwi ketika itu berada di tepi kedai)

Alwi : Tak boleh kak, dalam tu kita dh letak 5 ketul, kalau ikutkan rm5 ni kami jual rm2 je.

Minah X : (terus buat muka)

Katanya last-last minah tu tak beli pun ayam tersebut.

Yang membuatkan Alwi geram sebab, segala beg shopping dia diletakkan atas meja jualan.

Dia boleh shopping ayam, ikan, sayur-sayur, salad yang mahal tu dekat Jaya Grocer tapi dekat peniaga tepi jalan ni boleh mintak diskaun lagi,”

 

Hurmm bagi penulis kan, apa kata kita support peniaga-peniaga tepi jalan ni, iyelah kadang-kadang kita tak tahu kesusahan mereka ni kan?

Baca : Kalau report kang kacau periuk nasi orang Netizen Tak Puas Hati Parking CIMB Senawang Kena Conquer; Dengan Peniaga?

CIMB

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.