in

Sex Gone Wrong: Lelaki Tertembak Teman Wanita Lepas Gunakan Pistol Berpeluru Untuk Rangsang Kekasih

Collage

Walaupun dah banyak cerita tentang sex gone wrong kerana gunakan barang-barang yang tak sepatutnya di bawa pun ke atas katil, ramai lagi orang yang masih ‘degil’ nak buat benda yang lain dari yang lain sampai membahayakan diri sendiri.

Macam pasangan dari US ni, teman lelaki sampai tertembak teman wanita sendiri gara-gara ‘main’ guna pistol berpeluru. Macamlah tak boleh guna pistol mainan kan? Improvise lah sikit.

Menurut Mirror, Andrew Charles Shinault, 23 tahun memberitahu pihak polis yang dia dan kekasihnya Paloma Williams, 24, telah menggunakan pistol untuk merangsang diri masing-masing bagi mendapatkan kepuasan seks.

Difahamkan, lelaki ini secara tak sengaja tertembak kekasihnya yang baru dikenali tak sampai dua minggu di rumahnya di Valrico, Amerika Syarikat.

L
Sumber: mirror

Andrew berkata, semasa kejadian berlaku, dia sedang duduk di hujung katil dan kekasihnya ketika itu berada di celah kangkangnya.

Mereka menggunakan pistol tersebut dengan menggosok senjata berpeluru itu pada badan mereka sebelum lelaki ini secara tak sengajanya tertarik picu dan menembak kekasihnya di dada.

Selepas tembakan tersebut berlaku, Andrew kemudian terus jerit memanggil ibu bapanya ke atas untuk membantu menyelamatkan Paloma. Barulah nak ingat mak bapak eh?

Paloma yang mengalami kecederaan parah di dada telah dikejarkan ke hospital sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir di sana.

0 Woman Shot Dead In Sex Game Gone Wrong Identified
Sumber: mirror

Andrew memberitahu pihak polis yang dia dan Paloma berada dalam pengaruh dadah ketika tembakan itu berlaku.

Andrew telah mengambil methamphetamine manakala kekasihnya pula mengambil Fentanyl (ubat tahan sakit) dua jam sebelum kejadian.

Andrew Shinault telah menembak seorang wanita semasa melakukan perbuatan foreplay yang melibatkan pistol yang didaftar atas namanya.” – Ketua Polis Hillsborough

Hasil pemeriksaan pihak polis ke dalam bilik Andrew menemui peluru, sarung peluru dan lubang pada TV yang berada di belakang Paloma semasa tembakan berlaku.

Kalau korang nak tahu, pegawai polis tak percaya dengan cerita Andrew ni sebab pistol yang lelaki ni guna bukan senang nak gerakkan picu dia.

Haih, kalau betul tertembak pun confirm kena masuk penjara jugak. Tu lah gatal sangat nak guna objek-objek pelik ni pasaipa?

 

Baca: Isteri Tikam Alat Sulit Kekasih Suami Lepas Pura-pura Setuju Nak ‘Threesome’

Screenshot 2019 06 10 At 11.36.33 Am