Bidang restoran dan hospitaliti bukanlah sesuatu yang mudah, mereka yang menceburi bidang ini bukan sahaja perlu ada asas yang kuat malah mereka juga perlu ada kesabaran yang tinggi kerana mereka ini perlu berhadapan dengan pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam.
Pun begitu, jika servis yang diberikan oleh peniaga atau pekerja restoran ini baik, maka pelanggan akan sentiasa memenuhi restoran tersebut.
Namun, lain ceritanya bagi satu kes ini di mana seorang pekerja kedai makan yang terletak di Perlis bertindak biadab dengan pelanggan.
Artikel berkaitan: “Muka baik tapi…”- Pengusaha Restoran Di Kota Bharu Berang, Pelanggan Lari Lepas Makan
Artikel berkaitan: “Takde mood kerja off je” – Rider Buat Hal, Suka Hati Sepak Makanan Dekat Kedai Makan
Dalam perkongsian video di X, kelihatan seorang pekerja kedai makan memaki hamun pelanggan dan lebih teruk lagi dia membaling duit sebanyak RM8 kepada pelanggan tersebut.
Menurut perkongsian itu, difahamkan pelanggan tersebut menegur secara baik pekerja yang mengendalikan kaunter bayaran itu kerana tidak melihat dengan betul transaksi online yang dibuat.
“Harga makanan RM8 dan *** transfer pastu masa nak tunjuk resit dekat dia, dia tak pandang pun. Then *** cakap, ‘lain kali layan customer elok elok na’ (dengan sopan) pastu dia terus mengamuk terpekik bagii semua orang tengok,” luah pelanggan itu.
Apabila pelanggan itu pergi ke meja makan, pekerja itu bertindak datang kepadanya kemudian memaki hamun gadis tersebut serta membaling semula RM8 itu.
Malah, pekerja restoran itu turut menangkap gambar pelanggan itu dan mengugut akan tularkan wajahnya.
Selepas kejadian itu, pelanggan berkenaan membaca ulasan (review) yang dibuat oleh pelanggan sebelum ini di Google, hasilnya mendapati ramai lagi pelanggan yang senasib dengannya dari segi layanan, ada juga komen yang berkata makanan di situ mempunyai kualiti yang sangat teruk.
Pun begitu, sebaiknya kita dengar kisah ini dari kedua belah pihak untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.
Sumber: X