Mengikuti sesuatu budaya itu bukanlah melambangkan pegangan agama seseorang, pemakaian antara kurta dengan baju melayu ini sepatutnya tidak perlu dijadikan isu.
Namun, isu ini kembali menjadi bualan hangat berikutan dengan sikap orang kita terhadap sambutan perayaan daripada keluarga influencer terkenal di Instagram The Family UK dipertikai oleh sesetengah individu yang boleh dikatakan berfikiran ‘kelas ketiga’.
Netizen labelkan murtad sebab pakai baju tradisional India masa sambutan Syawal
Ahli keluarga The Family UK ini memilih tema pakaian India dengan memakai baju Salwar Kameez (busana tradisional dari India) pada 1 Syawal lepas. Detik ini sebenarnya detik indah buat mereka sekeluarga apabila ada dua anak kecil baru pertama kali merasai nikmat Aidilfitri dan merasai kemeriahan dengan memakai busana cantik pada hari tersebut
Sebelum ini ibunya berada dalam keadaan yang tidak sihat dan raya mereka selama lebih 8 tahun ini agak suram. Bagaimanapun, kegembiraan yang dia ingin kongsikan ini menjadi ‘bahan’ untuk serangan si keyboard warrior ini.
Alhamdulillah Allah kabulkan my du’a untuk keluar rumah beli persiapan raya anak-anak.”
https://www.instagram.com/p/CdhWGvCopVH/
Mereka mempertikaikan baju yang dipakai kerana Syawal ini diraikan oleh umat Islam, malah teruknya sampai ke tahap ada yang labelkan mereka murtad hanya kerana tidak memakai baju melayu.
Oleh sebab itu, pihak keluarga ini menzahirkan rasa terkilan dan memberikan kenyataan balas yang makan dalam untuk individu-individu ini.
Dalam ruangan komen, kakak kepada Arwah Adam Didam terkilan dengan sikap umat Islam yang membuli sesama sendiri sedangkan sepanjang pengalamannya menetap di UK yang dikelilingi orang bukan agama Islam, mereka lebih bertoleransi.
Isu ini terjadi ketika beberapa hari selepas hari raya Aidilfitri yang lepas, ia dibangkitkan semula oleh netizen di Twitter sehingga raih lebih daripada 8,000 jumlah retweets dalam masa 3 hari selepas Kosmo! melaporkan bahawa ada pelajar didenda oleh guru ketika majlis sambutan Aidilfitri hanya kerana memakai baju kurta.
Baca : “Ini bukan kurta, ini baju renang muslimah” – Netizen Kutuk Kurta Raya Ini Baju Terburuk Tahun 2019?