Kereta Myvi memang dah sinonim dengan ‘kerenahnya’ di atas jalan raya ni, sampai orang ramai menggelarkan model kereta ini sebagai King of Road.
Malah, kereta ini juga boleh dianggap sebagai satu simbolik kereta paling terkenal di Malaysia, harga mampu milik tetapi mempunyai sisi luas.
Rindu kereta dekat Malaysia
Baru-baru ini, kereta Myvi sekali lagi menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila ada pelajar sini terjumpa kereta tersebut di Scotland.
Ia dikongsikan oleh individu yang dikhabarkan ibu kepada pelajar tersebut, Mahziah Ramly. Gambar yang menunjukkan anaknya bersama rakannya dengan Myvi hijau keluaran tahun 2005 itu, dikongsikan dalam satu group MYVI CLUB MALAYSIA.
Menurut Mahziah, gambar itu diambil kerana anaknya juga memiliki kereta jenis yang sama di Malaysia dan akui rasa rindu.
Anak saya yg study di Edinburgh hantar gambar ni. Seronok katanya hilang rindu pada kereta myvinya yg warna biru kat Malaysia bila lihat ada myvi ni di Scotland.”
Sudah semestinya ia menjadi tumpuan netizen apabila melihat Myvi ada di luar negara. Malah, ada juga netizen yang komen mereka mempunyai pengalaman lebih kurang sama apabila ternampak kereta Proton di Australia.
Jauh King merantau – Netizen
Agak-agak kat Scotland dia King tak?
Baca : “The real Myvi terbang!” – [VIDEO] Tony Fernandes Teruja Jumpa Myvi Bersayap Atas Jalan Raya