“Seronok dapat rasa dia keluar” – Wanita Bidankan Diri Sendiri, Tarik Anak Dari Perut

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Saat melahirkan anak adalah salah satu saat paling bahagia especially untuk ibu yang dah mengandungkan baby tu sembilan bulan lamanya. Kalau dulu-dulu nenek kita guna khidmat bidan masa nak lahirkan mak ayah kita, kan? Sekarang ni pergi hospital je doktor boleh tolong sambut baby tu.

Menurut The Asian Parent, ada seorang wanita ni nak melahirkan anak kat sebuah hospital tapi boleh pulak dia bidankan diri dia sendiri! Biar betul? Bersalin guna pembedahan C-Section, sebenarnya memang dah ada doktor nak sambut bayi kepada wanita nama Emily ni.

Sumber: The Asian Parent

Nak dijadikan cerita, saat-saat dia nak melahirkan tu, doktor buat la potongan kat bahagian perut dan rahim dia. Lepas doktor dah potong tu tiba-tiba selamba je Emily ni capai ke bawah dan tarik sendiri baby dia! Dahsyatnya! Nampak tak tu tangan dia tu!

So lepas tu Emily berjaya lahirkan anak dia dengan selamat siap share lagi perasaan gembira dan teruja dia lepas lahirkan baby tu. Memang terlajak berani ni!

“Seronok dapat capai ke bawah, rasa kepala baby tu, rasa dia keluar, tapi pelik sikit sebab tak boleh rasa perut sendiri,” kata Emily.

Sumber: The Asian Parent

“Masa angkat dia (bayi) dan tengok muka dia face-to-face, rasa macam tak percaya pun ada, moment ni lah yang ibu-ibu akan ingat sampai bila-bila – saat kita kagum first time face-to-face dengan anak kita yang baru lahir.”

Bila fikir-fikir, tak pernah jumpa lagi orang yang berani gila pergi tarik baby dari perut sendiri kan? Rupanya Emily ni bidan profesional. Patut lah dia tak takut langsung selamba dia je tarik kepala anak dia dari dalam perut macam tu!

Sumber: The Asian Parent

Korang yang perempuan-perempuan tu kalau nak bersalin jangan tiru dia ni please, dia ni profesional, sebab tu dia berani buat macam tu.

Baca: Wanita Terima PhD Gagah Hadir Majlis Graduasi Walaupun Sarat Hamil, Bersalin Beberapa Jam Kemudian

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.