Baru-baru ini tular sebuah klip melihatkan seorang penumpang bas yang tiba-tiba meracau dan mula membuat gerak badan seakan-akan sedang menari.
Kejadian tersebut tular di laman Facebook sejak Ahad lalu melalui pengguna Penang Kini, di mana penumpang tersebut berada dalam sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur menghala ke Pulau Pinang.
Klip itu menerima lebih 300 ribu tontonan, di mana rata-rata netizen yang menonton turut berasa seram melihat aksi yang tidak normal dari penumpang tersebut. Walau bagaimanapun, ramai juga yang berseloroh dan meninggalkan komen gurauan yang boleh dikatakan tidak bertempat.
https://www.facebook.com/1422465924657555/videos/1514185688966745
Pemandu bas kongsi cerita sebenar
Terpanggil untuk menjawab isu ini, pemandu bas tersebut tampil untuk berkongsikan perincian sebenar pada waktu kejadian.
Menurut lelaki yang ingin dikenali sebagai Helmi itu, penumpang tersebut menaiki bas itu berdua bersama ibunya dan mula bertindak aneh sebaik saja mereka melalui kawasan Gua Tempurung.
Penumpang itu berdua dengan ibunya naik bas yang saya pandu. Waktu sedang memandu, saya dengar mak dia jerit dan ajarnya mengucap. Ketika itu jam menunjukkan pukul 1.20 pagi dan betul-betul lalu Gua Tempurung, Perak iaitu KM 317 arah utara”
Tambahnya lagi, dia tetap meneruskan pemanduannya ke hentian R&R terdekat di Simpang Pulai dan penumpang itu terus menari akibat ‘keteguran’ sepanjang perjalanan ke sana. Helmi kemudiannya bertindak memasang ayat ruqyah dan ayat suci al-Quran.
Dia menari di tempat duduknya sahaja. Bila sampai, kami bantu pulihkannya. Alhamdulillah dia sedar 15 minit kemudian. Kami tanya apa yang berlaku, dia jawab ternampak sesuatu.”
Kalau jumpa, jangan tegur!
Menurut sumber, ini bukanlah pertama kali Helmi menghadapi kejadian seperti itu selama 12 tahun berkhidmat sebagai pemandu bas ekspres. Dia turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati jika melalui kawasan ‘panas’ dan tidak menegur jika terlihat sesuatu yang aneh.
Tambahnya lagi, laluan di Gua Tempurung itu sudah memang dikenali oleh pemandu lori dan bas sebagai salah satu spot panas di mana kemalangan maut sering berlaku di kawasan itu.
Memang biasalah juga nampak budak melintas dan perempuan melitas jalan awal pagi. Jadi apabila berlaku perkara macam ini, insyaAllah apa yang kita belajar, kita cubalah handle.”
Netizen diminta jangan celupar
Helmi juga dikatakan terkejut apabila klip kepada kejadian itu ditularkan, dan meminta orang ramai agar tidak meninggalkan komen-komen berbaur celupar. Lelaki itu turut berhadap agar apa yang berlaku boleh dijadikan pengajaran kepada semua.
Nasib baik semuanya selesai dengan aman. Yang dok bergurau sakan kat komen tu, harapnya lebih sensitif lah lepas ni, ya?