in

“Seram pulak” – Tular Audio WhatsApp Budak 6 Tahun Dakwa Kereta Sebenarnya Dipandu ‘Tok Wan’?

seram kisah budak 6 tahun bawa kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes budak 6 tahun memandu sendiri bersama adiknya yang berusia 3 tahun di Langkawi hingga kemalangan telah menjadi topik perbincangan utama netizen sejak dari semalam.

Ramai yang bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana ia agak pelik bagi seorang budak yang masih kecil untuk memandu sejauh 2.5 km.


Budak 6 tahun dakwa konon ada pakcik tua bawa kereta

Walau bagaimanapun, malam tadi tular beberapa audio WhatsApp di TikTok mendakwa ia adalah pengakuan dari kanak-kanak terbabit mengenai apa yang terjadi pada malam kejadian.

Menerusi perkongsian tersebut, suara yang didakwa kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa bukan mereka saja ada di dalam kereta tersebut tetapi terdapat tiga ‘individu’ lain di dalam kereta terbabit.

https://www.tiktok.com/@asyhkmshl_98/video/7231427756288904449?_r=1&_t=8cCSAYZVtVh&social_sharing=v2

Bila ditanya siapa yang membawa kereta tersebut, budak lelaki itu mendakwa ada individu yang dikenali sebagai Tok Wan yang memandu kenderaan itu.

“Bukan abang bawak, pak lang bawak, pakcik bawak…”

“Ramailah dalam kereta tadi? Siapa yang bawak kereta? Pakcik ka tok wan?”

“Pakcik dengan tok wan.”

“Depa ajak abang nak pi mana?” 

“Pi main game” 

“Takkan tok wan tua-tua nak main game…” 

Bila ditanya pula mengenai keadaan fizikal ‘tok wan’ tersebut, kanak-kanak itu memberitahu bahawa badannya panas dan mengakui dia mempunyai ‘bulu’.

Menerusi mesej yang tersebar, didakwa juga kanak-kanak itu duduk di atas seorang pakcik tua yang membawa kenderaan berkenaan dan mengajaknya untuk ke kedai membeli mainan.

“Kita pun pening ooo” 

Satu lagi audio WhatsApp juga memperdengarkan suara seorang lelaki meluahkan rasa pelik atas kejadian yang berlaku dan tak dapat memahami bagaimana seorang kanak-kanak pandai mengundurkan kereta dan menarik handbrake dengan sendiri.

Handbrake tu kalau kita tarik kejap, dekat tangan budak-budak tak boleh bawa turun aih, keras! 

“Tapi bila kita renung balik kan, dia nak jadi pun dekat Titi Chanwang tu jugak,” katanya.

Rata-rata netizen yang mendengar audio berkenaan meluahkan rasa pelik yang serupa, namun ada juga yang mengatakan kanak-kanak mungkin tidak pandai menipu tapi mereka pandai mereka cerita. Hmm susah juga nak percaya kan… 

Namun menerusi laporan Utusan Malaysia awal pagi ini, pihak polis yang membuat siasatan memberitahu bahawa kanak-kanak berusia 6 tahun yang terlibat dalam kemalangan itu dipercayai meletakkan kerusi kecil di atas kerusi pemandu ketika mengendalikan kereta tersebut.

110523 kdh susulan budak pandu 750x563 1

Malah adik lelakinya pula dikatakan telah menekan pedal minyak kereta tersebut semasa mereka keluar dari rumah di Kampung Padang Mengkuang.

Pihak polis juga katanya telah merakam keterangan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak terbabit dan mereka juga akan merakam keterangan dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pula.

Harap ada lah penjelasan logik di sebalik kejadian ini. Agak pelik bila difikir-fikirkan kan?

Baca: [VIDEO] Beri Alasan Nak Pergi Kedai Mainan, Budak 6 Tahun ‘Drive’ Kereta Bawa Adik 3 Tahun

budak drive kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.