in

Seram! Gadis Dedah Sebab Kenapa Tak Dibenarkan Terus Buka Lampu Bila Masuk Rumah

jangan buka lampu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasaan tidak selamat atau diekori adalah perkara terakhir yang kita mahu terjadi kepada diri kita terutamanya kalau kita duduk bersendirian.

Tak kisahlah sama ada korang berjalan balik ke rumah pada waktu malam atau keluar untuk ke tempat kerja, perasaan diekori atau diperhatikan ni sangat mengganggu dan boleh menyebabkan tekanan.


Perkara ini mungin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina, umur dan sebagainya kerana sesiapa sahaja boleh berada dalam situasi yang mana kita berasa diekori dan tidak selamat.

light on stalker tiktok 642e870811633 700

Baru-baru ini, seorang gadis yang dikenali sebagai Mary Alice telah berkongsi pengalaman yang menakutkan ini di akaun TikToknya @heyitsmaryalice sambil menasihatkan pengikutnya supaya lebih berhati-hati.

Perkongsian yang telah mendapat 22 juta tontonan dan hampir 4 juta likes tersebut berkongsi kejadian yang tidak diingini apabila mendapati ada individu yang tidak dikenali menunggunya untuk pulang ke rumah untuk mengetahui tempat tinggalnya.

“Tolong dengar untuk keselamatan anda”

@heyitsmaryalice im so tired of feeling like prey !! my lights are only on in my bathroom now becauase its the only room i have with no windows #creepy #creepystory #womensafety #womensafetytips #storytime #scarystory #stalker #menarescary #apartmentsafety ♬ original sound – mary alice ?

Menurutnya, sekiranya rumah yang didiami korang tersebut menghadap ke jalan raya, tolong jangan sesekali membuka lampu rumah sejurus sahaja memasuki rumah korang tersebut.

Tambahnya lagi, perbuatan membuka lampu sejurus sahaja memasuki rumah akan mendedahkan unit kediaman kepada mereka yang berniat jahat yang mungkin sedang memerhatikan segala gerak geri korang.

Berkongsi tentang kejadian yang berlaku kepada dirinya ketika keluar dari kenderaan baru-baru ini, dia mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali sedang melakukan sesuatu dalam keretanya.

Pada awalnya, lelaki berkenaan cuba untuk berbual dengan menegur tentang lampu keretanya yang tidak menyala. Selepas berlalu pergi, dia mendapati lelaki berkenaan masih berdiri berdekatan dengan kompleks apartmen tersebut sambil memandang ke arah bangunan berkenaan selama hampir 5 minit.

apartment waktu malam

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut kemudiannya bertindak untuk menyorok disebalik kereta sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Menurut Mary, ketika itu, lelaki berkenaan sudahpun mengetahui beberapa maklumat tentang dirinya seperti kereta yang dipandu, dan bangunan tempat tinggalnya. Jadi Mary menasihatkan orang ramai supaya tidak terus membuka lampu untuk mengelakkan unit rumah korang terdedah.

Ramai bersetuju dan terima kasih kepada Mary kerana berkongsi kisah dan nasihat keselamatan tersebut.

Salah seorang pengikut turut berkongsi cara lain untuk pastikan perjalanan lebih selamat iaitu dengan menggunakan jalan berlainan setiap hari apabila pulang dari tempat kerja.

Selain itu, hampir semua orang dalam komen bersetuju bahawa jika korang mempunyai naluri bahawa ada sesuatu yang tidak betul, itu biasanya berlaku. Jadi sila percaya perasaan korang tersebut dan berhati-hatilah!

Baca: Didakwa Hilang Sejak 18 Mac, Gadis Rupanya Trauma Dirogol Bapa Tiri Sejak 2020

gadis hilang trauma dirogol

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.