in

Seram! Ari Lasso Kongsi Cerita Pernah Buat Konsert Depan Ribuan Jin & Makhluk Halus

Ari Lasso Buat Konsert Depan Jin 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kisah penyanyi dari Indonesia Ari Lasso menjadi tumpuan di negara itu apabila dia menceritakan perkara seram yang pernah dialami ketika sedang buat konsert.

Menerusi sumber, Ari Lasso menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku ketika dia menjalankan konsert jelajah di lebih daripada 30 kota di negara tersebut bersama Ada Band pada tahun 2005 yang lalu.


Dalam salah satu temubual bersama seorang vlogger, Ari Lasso menjelaskan bahawa, salah satu daripada bandar itu menjadi tontonan ribuan jin atau makhluk halus.

Pantang larang, manager tak boleh mandi

Ari Lasso Buat Konsert Depan Jin

Ketika giliran salah satu tempat konsert itu, Ari menjelaskan bahawa dia dimaklumkan oleh pengendali konsert beberapa garis panduan yang pelik-pelik.

Antaranya, pantang larang yang meminta agar pengurusnya itu tidak mandi sepanjang berada di kota tersebut.

Malah, untuk Ari Lasso dan juga Ada Band mereka dimaklumkan bahawa penonton akan datang dari pelbagai peringkat usia, kalau ada yang melakukan gerakan dan wajah aneh dan cara tonton konsert agak pelik, mereka diminta untuk biarkan sahaja.

 

12 ribu penonton masa konsert jadi 2 ribu tak sampai 5 minit lepas habis buat konsert.

Saat melakukan persembahan, Ari Lasso menjelaskan dia disaksikan oleh kira-kira 12 ribu orang penonton yang datang dari pelbagai peringkat umur.

“Gue manggung, rasa-rasanya satu stadion itu ada 12 ribu penonton. Gue lihat penonton ini berkelompok mulai dari yang paling tua sampai anak kecil. Mereka kayak (seperti) menari-nari.”

Seusai mereka melakukan persembahan, Ari Lasso pun tinggalkan pentas, tapi dia merasakan sesuatu yang aneh 5 minit selepas itu kerana lokasi di kota itu tiba-tiba tidak berapa riuh seperti mana waktu dia buat persembahan.

Ari Lasso menceritakan, dia terus masuk ke kereta untuk bergegas ke airport. Di lokasi tersebut hanya ada satu sahaja pintu keluar masuk, jadi ketika Ari Lasso nak keluar dari lokasi, dia mesti akan lalui penonton-penontonnya.

Dia cuba berfikiran positif, mungkin semua penonton berada di luar tetapi…

“Selesai manggung, gue masuk ke mobil. Keluar dari samping panggung ke arah lapangan, loh kok sepi ya. Mungkin hanya tersisa dua ribu penonton, enggak sampai lima menit. Oh mungkin (penontonnya) sudah di luar. Sampai di luar, sepi. Hanya ada puluh ratus orang, ini aneh.”

Manager langgar pantang

Selepas mereka sampai ke tempat penginapan, pengurus Ari Lasso telah melanggar pantang larang yang dijelaskan sebelum konsert tadi, kerana badan dah rasa tak selesa, pengurusnya pun mandi macam biasa.

Tak lama selepas manager dia mandi, salah seorang team Ari kemalangan dilanggar motor di hadapan hotel mereka ketika ingin lintas jalan dan patah tangan.

“Balik ke hotel. Dipikir sudah selesai karena kita mau pergi ke kota berikutnya, manajerku gerah dan mandi. Beberapa menit kemudian ada yang teriak minta tolong di bawah hotel. Kepala produksi kita sedang menyeberang jalan, ketabrak motor tangannya patah. Jadi, kesialan itu langsung ada.”

Berbalik kepada kes penonton tadi, pastinya pelik dan tak logik daripada 12 ribu penonton boleh kurang jadi dalam 2 ribu tak sampai 5 minit, apabila Ari bertanyakan kepada pengandali konsert, pengendali itu menjelaskan bahawa ia dah jadi satu perkara biasa.

Hal ini pernah dikongsikan oleh Ari pada 3 tahun lepas serta bulan Ogos lalu dalam satu temubual, tetapi ia menjadi perhatian netizen semula baru-baru ini.

 

Baca : “Pas aku nyanyi ini, aku takut lihat Unge” – Judika Menyesal Nyanyi Lagu Baru Depan BCL

Judika Buat Bcl Menangis Saat Bawakan Lagu Barunya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.