in

“Sepak takraw pun ada?” – Ini 7 Sukan Yang Tersenarai Sebagai Sport Paling Pelik Di Dunia

Cats 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa kini, terdapat pelbagai jenis sukan yang korang boleh main seperti bola sepak, badminton, boling dan e-sport yang makin mendapat tempat dalam zaman teknologi ni.

Seperti korang tahu, sukan-sukan tersebut memang biasa dilihat dan dipertandingkan dalam pelbagai acara sukan. Namun, ada juga sport pelik di dunia ni yang memang unik dan menarik macam dalam senarai dekat bawah ni.


1. Sepak Takraw

Takraw 15 Rrr Scaled 1

Siapa sangka, sukan berasal dari Malaysia ni pernah dianggap sebagai salah satu sukan pelik di dunia. Sukan yang popular di Asia Tenggara ni juga dikatakan sebagai ‘sepak bola tampar’ kerana mirip seperti sukan bola tampar. Cuma, dalam sepak takraw, tangan tak boleh digunakan untuk bermain.

Menariknya, sukan ni dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi namun telah dimodenkan dengan menggunakan jaring pada tahun 1940-an. Sejak itu, sukan ni mula dikenali satu dunia sehingga menjadi acara dalam event sukan yang besar.

2. Polo Tuk-tuk

V1

Biasanya, sukan polo dimainkan oleh golongan yang kaya dengan menaiki kuda lumba. Berbeza pula polo di Sri Lanka ni yang menggantikan kuda dengan kenderaan tiga roda, tuk-tuk untuk bermain.

Dipercayai, sukan ni mula wujud pada 2016 di mana setiap pasukan mempunyai dua orang pemain yang bertugas sebagai pemandu dan penyerang. Seperti polo yang asal, pasukan yang menjaringkan gol paling banyak akan digelar sebagai pemenang.

Artikel berkaitan: “Lebih 100 gol” – TRW Kelantan ‘Pecah Rekod’ Pasukan Paling Banyak Bolos Dalam Liga Super

3. Quidditch

Quidditch 163 Edit Custom 78C98B17360Bb2Bb6A4F901F2A772Dc18Fb23Bd0 S1100 C50

Sukan pelik ni pula mula dimainkan pada tahun 2005 di Kolej Middlebury di Vermont, Amerika Syarikat. Menariknya, ia dikatakan berasal daripada sukan fiksyen yang pernah ditayangkan dalam filem Harry Potter.

Sejak itu, lebih 400 universiti di negara tersebut mula menawarkan sukan ni kepada para pelajar. Cara mainnya, pemain perlu membaling bola melepasi gegelung bulat untuk mendapatkan markah sambil memegang sebatang kayu yang diletakkan di antara kaki mereka untuk meniru adegan penyapu terbang dalam filem terkenal tu.

4. Tinju Catur

V2

Kalau tadi korang rasa dah pelik, korang belum dengar lagi sukan yang berasal dari Gloucester, England ni. Seperti namanya, ia merupakan gabungan janggal sukan tinju dengan permainan papan catur.

Dalam game ni, setiap pusingan akan bertukar-tukar di mana pemain akan bermain catur dan tinju secara bergilir-gilir. Tujuannya adalah untuk menjejaskan kebolehan pihak lawan untuk mengatur strategi dalam perlawanan catur. Pemain boleh memenangi sukan ni sama ada dari knockout ataupun mendapat checkmate.

5. Gendong Isteri

V3

Sukan ni bukan je pelik malah, boleh dikatakan agak sweet! Ia berasal dari Finland dan dah dimainkan sejak 1992 lagi. Caranya, para suami perlu menggendong isteri mereka dalam satu laluan berhalangan sepanjang 253.5 meter.

Syaratnya, berat para isteri yang didukung mestilah tak kurang daripada 49 kilogram manakala si suami tak boleh menjatuhkan isteri mereka lebih dari 15 saat. Yang menariknya, sukan pelik ni pun ada kejuaraan dunia tau!

Artikel berkaitan: Pakai Kain Pelikat & Berkopiah, Ini Cara Madura United FC Lancar Jersi Baharu Pasukan

6. Keju Bergolek

Ofhgichtrvpillvspfyhrk4Aq4

Walaupun agak bahaya, sukan ni menjadi satu tradisi tahunan di England yang diadakan setiap bulan Mei di Bukit Cooper.

Dalam sukan ni, keju Double Gloucester berbentuk roda akan digolekkan dari garisan permulaan dan para peserta akan berlumba menuruni bukit tersebut sepanjang 200 ela untuk mendapatkan keju tu.

Sukan yang bermula dari tahun 1826 ni memang popular satu dunia sehinggakan ramai orang yang datang ke sana untuk menyertai The Cooper’s Hill Cheese-Rolling and Wake setiap tahun.

7. Menyeterika Ekstrem

Sukan menyeterika pakaian ni memang dah pelik namun, apa yang lagi peliknya ialah pemain yang menyertai sukan ni menyeterika pakaian dorang secara ekstrem tau! Sebagai contoh, dorang akan seterika baju di pelbagai lokasi seperti di puncak gunung, bawah laut, kawasan sejuk sambil melakukan aksi ekstrem seperti terjun udara dan bermain papan salji.

Dikatakan, sukan yang dicipta di England pada 1997 ni telah menjadi popular di negara-negara barat sehingga mendapat liputan media yang luas. Selain tu, terdapat juga biro khas yang ditubuhkan untuk sukan pelik ni.

Sumber: Sports Brief

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.