Sebelum ini, ahli kumpulan Sepahtu Jep, ada memberitahu peminat mereka bahawa dia sudah pun memujuk Shuib untuk kembali menyertai Sepahtu Reunion Live (SRL).
Namun baru-baru ini, menerusi akaun Instagram rasminya Jep berkata, antara sebab pengunduran Shuib daripada SRL adalah apabila pelawak itu melakonkan sebuah babak yang dipercayai mempunyai aksi lucah atau tidak senonoh sehingga menerima kecaman dari warganet.
https://www.instagram.com/p/CpZyCzSpmC1/
Difahamkan aksi lucah yang dimainkan ketika SRL itu berlaku semasa babak Shuib sedang menggunakan mesin kelapa, oleh itu dia telah dikenakan tindakan oleh pihak Astro.
“Aksi lucah itu berlaku ketika babak dia sedang mesin kelapa. Jadi pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia minta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu,” tulis Jep.
Susulan kejadian itu, Shuib dipercayai telah membuat permohonan maaf namun, dia masih berasa tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan dan memberi kata dua bahawa sekiranya dia masih digantung selama dua minggu, dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal.
Jep menerangkan perkara sebenar mengenai Shuib kerana tidak mahu peminat membuat spekulasi sendiri tentang apa yang terjadi sebelum ini.
Dalam pada itu, Jep berkata, pihak mereka memang tidak memujuk Shuib namun ada mempelawanya untuk sama-sama kembali menjayakan program tersebut bagaimanapun, ajakan tersebut hanya tergantung begitu sahaja.
Namun, menurut Jep, kumpulan tersebut tidak pernah membuang pelawak berkenaan.
“Sepahtu tidak pernah membuang dia,” katanya.
Sehubungan itu, Jep meminta agar peminat SRL tidak lagi berharap mereka bersama, memandangkan Shuib seperti sudah tidak berminat untuk kembali berkarya bersama Sepahtu.
Walaubagaimanapun, dia juga berharap supaya Shuib berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan pada waktu ini.
Ini rupanya cerita dari side Jep..
Baca : [VIDEO] ‘Join’ Ubi Superstar Live, Netizen Suruh Shuib Buang Nama Sepahtu?