in

“Sensitif la sikit” – Wanita Kongsi Gambar Sahur T20 Lobster Dikecam Netizen

Wanita Kongsi Gambar Sahur T20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya pada bulan Ramadan, banyak netizen yang akan berkongsi tentang tips-tips berpuasa, menu yang boleh dicuba untuk berbuka puasa, perkara larangan ketika berpuasa, bazar wajib singgah dan banyak lagilah.

Ramai juga netizen yang aktif memuatnaik gambar makanan mereka ketika bersahur dan berbuka di sosial media. Ada yang memilih untuk berkongsi tentang menu makanan sihat serta menu yang dapat menahan lapar sepanjang berpuasa.


Baru-baru ini, mengikut thereporter, seorang wanita telah berkongsi gambar menu sahurnya yang padanya dianggap hanya menu biasa, tetapi tidak bagi netizen yang menganggap menu tersebut sebagai luar biasa atau lebih tepat lagi, mahal.

LOBSTER

Menurut the reporter lagi, wanita tersebut yang lebih dikenali dengan Cikgu Suraya, wanita ini berkata yang menu sahur pada pagi tersebut adalah simple sahaja dan turut menambah yang dia sunyi kerana sahur bersendirian.

“Simple saja menu sahur pagi ni. Nasi goreng udang (lobster + papadom). Sayu hati, sahur sendirian” – Cikgu Suraya

CIKGU SURAYA

Perkongsian dari wanita ini di Twitter yang telah mendapat 1,242 retweets dan lebih 4,000 likes ternyata mengundang perhatian netizen yang melabelkan wanita tersebut sebagai berlagak  dan dari golongan T20 sengaja menunjuk kemampuannya di media sosial.

Ramai yang bengang dengan wanita ini kerana pada pendapat mereka sepatutnya di bulan yang mulia ini umat Islam digalakkan bersederhana dalam semua perkara dan bukan menunjuk-nunjuk di sosial media.

“Yummynya. Besarnya udang. I golongan tak mampu hanya sahur nasi dan kicap sahaja. Apa-apa pun, tengok kamu post ni pun jadilah,” – Komen netizen

“Maaf, bulan ramadan ini sensitif la sikit. Itu yang you kata makanan simple dan rasa sedih? Just eat and keep to yourself. Don’t show off macam budak-budak” – Komen netizen

Namun ada juga netizen yang menyatakan bahawa Cikgu Suraya memuatnaik gambar berkenaan hanya dengan tujuan bergurau tapi tak kena tempat.

Korang sahur apa pagi ni? Daging wagyu ke?

Baca: “Tak Tahu Nak Masak Apa Waktu Sahur? Ini 7 Resepi ‘Overnight Oats’ Boleh Anda Cuba”

OAT

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.