in

Senarai 7 Filem Terbaik Lakonan Tom Hanks, Sediakan Popcorn!

Tom Hanks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tom Hanks adalah satu nama besar dalam dunia perfileman. Tom Hanks atau nama sebenarnya, Thomas Jeffrey Hanks ialah seorang pelakon dan pengarah yang memulakan kareernya pada tahun 1977 sebagai seorang pelakon teater.


Dia memulakan debut menerusi filem He Knows You’re Alone pada tahun 1980. Difahamkan, Tom Hanks membawa watak sampingan di dalam filem tersebut. Kini, hampir semua filem yang dibintangi dan diarahkan oleh bintang ini akan pecah panggung dan mendapat sambutan ramai.

Untuk artikel pada kali ini, Lobak Merah akan berkongsikan senarai 7 filem terbaik lakonan Tom Hanks!

1. Greyhound (2020)

Filem ini mengisahkan tentang Komander Tentera Laut bernama Ernest Krause yang ditugaskan untuk mengetuai konvoi ke Atlantik ketika Perang Dunia ke-2. Ketika dalam perjalanan, Krause baru perasan bahawa kapal mereka telah diekori oleh kapal selam milik tentera Jerman. Apa yang terjadi kepada mereka?

Filem penuh aksi bertemakan perang ini memang wajib ditonton oleh peminat genre ini. Wajib tonton!

2. The Da Vinci Code (2006)

Filem bergenre misteri ini mengisahkan tentang kejadian pembunuhan yang terjadi di Muzium Louvre. Petunjuk kepada kes ini tersimpan di dalam lukisan Da Vinci, yang akhirnya membawa kepada penemuan misteri yang telah disorok selama beribu-ribu tahun.

Filem ini berjaya mengutip 760 juta US Dollar dan merupakan antara filem terbaik lakonan Tom Hanks.

3. Captain Phillips (2013)

Filem ini mengisahkan tentang sebuah kapal bernama Maersk Alabama, yang diserang oleh lanun Somalia ketika dalam perjalanan ke Kenya. Kapten kapal tersebut, Richard Phillips lakonan Tom Hanks menggunakan kepakarannya dalam berunding untuk menyelamatkan kru-kru kapal.

Berjayakan Kapten Richard menyelamatkan kapal mereka daripada diserang lanun?

4. Cast Away (2000)

Cast Away mengisahkan tentang Chuck Nolan, yang terdampar di sebuah pulau asing selepas terselamat daripada nahas kapal terbang. Dia tidak boleh melarikan dari dan juga meminta bantuan orang lain memandangkan tiada siapa menetap di situ.

Apa yang perlu dilakukan oleh Nolan untuk kembali ke daratan?

5. Forrest Gump (1994)

Forrest Gump adalah antara filem yang diangkat sebagai terbaik sepanjang zaman oleh penggemar filem. Filem ini mengisahkan tentang Forest, seorang individu istimewa dengan IQ rendah yang menempuhi pelbagai perkara dalam hidupnya.

Filem ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh diambil diiktibar oleh kita semua.

6. The Green Mile (1999)

Filem ini mengisahkan tentang Paul, seorang ketua pengawal keselamatan di penjara. Paul bertemu dengan John, seorang lelaki warga Amerika-Afrika yang ditahan kerana didakwa telah membunuh dua orang wanita. Hidup Paul berubah selepas mengetahui John mempunyai kuasa luar biasa.

Apa yang terjadi kepada mereka?

7. Saving Private Ryan (1998)

Filem ini merupakan antara yang terbaik dan digemari dalam kalangan peminat Tom Hanks. Saving Private Ryan mengisahkan tentang Kapten John Miller yang ditugaskan untuk mencari Prebet James Ryan, di mana tiga saudara lelakinya telah terbunuh di dalam perang.

Peminat genre perang wajib tonton filem ini!

BACA: 7 Filem Jackie Chan Yang Best Teruk, Sarat Dengan Aksi Dan Jenaka!

Cats 87

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.