in

“Senangnyaa” – 5 Artis Bollywood Ni Pernah Curang Tapi Wife Dorang ‘Sanggup’ Terima Dorang Balik

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susahnya jadi public figure ni, orang akan sentiasa tengok apa yang korang buat. Lagi-lagi sekarang ni trend semua benda nak viral. 

Lepastu sebabkan dorang ni public figure, orang mesti akan judge lebih-lebih. Orang lupa kot yang dorang ni pun manusia biasa, mesti ada buat silap.


Lately ni kita banyak dihujani cerita tentang artis-artis Malaysia yang curang dengan isteri dorang. Kalini admin nak cerita pasal artis Bollywood pulak. And kalau korang nak tahu, dorang ni kira beruntung tau! Walaupun kantoi, isteri dorang masih nak maafkan.

1. Akshay Kumar

Article 2017102967205826458000
Sumber: blog

Sebelum berkahwin, Akshay ni memang terkenal dengan imej kasanova dia. Tapi, bila dia berkahwin dengan Twinkle Khanna, dia berubah menjadi seorang suami yang penyayang dan setia.

Lepas beberapa tahun berkahwin, tiba-tiba muncul cerita yang Akshay menjalinkan hubungan dengan Priyanka Chopra (sebelum Priyanka jadi selebriti Hollywood). Chemistry yang dorang tunjukkan dalam filem mula kelihatan dekat luar filem pulak.

Selepas gosip mengenai mereka tersebar, Akshay dilihat dah tak berlakon lagi dengan Priyanka. Katanya, antara syarat untuk Twinkle terima Akshay semula, dia perlu berhenti berlakon dengan Priyanka.

2. Amitabh Bachchan

Hqdefault
Sumber: blog

Korang semua memang nampak yang Amitabh Bachchan dan isterinya Jaya Bahadhuri nampak sangat sempurna sama ada off screen atau on screen dorang memang nampak bahagia.

Tapi, kalau korang nak tahu, Amitabh pernah curang dengan Jaya. Dia mempunyai hubungan dengan heroin cantik pada zaman itu, Rekha. And kisah cinta tiga segi dorang ni bukan rahsia. Kira gosip besarlah masatu.

Dikatakan, lepas penggambaran cerita Do Anjaane, Amitabh dan Rekha membawa cinta dorang ke luar set filem dan selalu bertemu di banglo rahsia milik rakan baik mereka. Namun skandal mereka terbongkar bila Amitabh secara terang-terangan marah dengan seorang pelakon yang cuba untuk buat benda tak senonoh pada Rekha.

Percintaan dorang memang complicated sebab Amitabh cintakan Rekha tapi tak mahu tinggalkan Jaya. Jaya pun berkeras untuk setia di sisi Amitabh hinggalah Rekha sendiri terpaksa mengundurkan diri.

3. Shah Rukh Khan

Article 2017102967150926109000
Sumber: blog

Korang mesti tak expect hero pujaan ramai ni pernah curang dengan isterinya, Gauri.

Difahamkan, dalam salah satu rancangan temubual di Amerika, bila Priyanka ditanya apa barang milik bekas kekasih yang masih dia simpan, Priyanka tanpa segan silunya tunjuk jaket kulit yang dilihat pernah dipakai oleh Shah Rukh Khan beberapa kali. Whatttt… Priyanka ni memang taste laki orang ke?

Article 2017102967153026130000
Sumber: blog

Memandangkan sampai hari ini Gauri masih bersama Shah Rukh Khan, kita semua bolehlah assume yang wanita ini dah maafkan suaminya kan?

4. Ajay Devgn

Article 2017102967180726287000
Sumber: blog

Semua orang tahu yang pelakon kacak Ajay ni merupakan suami kepada pelakon jelita Kajol. Dorang ni diangkat sebagai power couple. Tapi, ini tak bermakna Ajay tak pernah tersilap langkah.

Rumours mengatakan, Ajay pernah rapat dengan Kangana Ranaut lepas pengambaran cerita Once Upon A Time In Mumbai. Tapi, Kajol memberi Ajay pilihan sama ada tinggalkan dia atau putuskan hubungan dengan Kangana. Ha, jangan main-main ehhh

5. Govinda

Article 2017102967085825738000
Sumber: blog

Govinda dan Rani Mukherji adalah pasangan on screen yang diinginkan oleh ramai pengarah. Lepas banyak filem-filem hits yang melibatkan pasangan ini, khabar angin mula tular tentang hubungan percintaan mereka.

Tapi, bila hubungan ini berakhir, isterinya, Sunita sedia menerima Govinda semula. Senangnyaaa

Hakikatnya, artis Malaysia ke artis Bollywood atau Hollywood semua tak pernah terlepas dengan godaan wanita-wanita cantik disekeliling mereka. Tindakan isteri mereka untuk memaafkan dorang lepas apa yang dorang dah buat patut dipuji. Bukan senang tau nak lupakan.

 

Baca: “Ingatkan semua natural beauty. Rupanya…” – 10 Aktres Bollywood Terkenal Ni Rupanya Pernah Buat Plastic Surgery!

Screenshot 2019 07 01 At 4.07.11 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.