Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli merupakan seorang penyanyi kelahiran Malaysia yang memperjuangkan genre muzik dangdut, dia terkenal dengan lagu-lagu seperti Lalai dan Roadblock Hatiku.
Namanya sering menjadi bualan netizen kerana content yang dimuat naik di media sosial miliknya serta kenyataan-kenyataannya yang sangat berani.
Terbaru, namanya sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila klip videonya menunjukkan Kartu Tanda Penduduk (KTP) tular di TikTok dan seterusnya menjadi pertikaian netizen.
https://www.tiktok.com/@zizy.azman/video/7181302998663007515?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7176475121333798401
Sebagai info, KTP merupakan kad pengenalan yang dimiliki oleh semua penduduk Indonesia sebagai tanda kewarganegaraan, video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata terkilan dengan responnya yang kelihatan gembira memiliki kad pengenalan tersebut.
Ramai yang memberikan kecaman hebat kepada penyanyi itu malah ramai yang memintanya agar kekal di negara jiran itu.
Pun begitu, selepas mencari sumber video penuh klip tersebut, difahamkan ianya hanyalah satu gurauan dan KTP yang dibawa oleh penyanyi Baby Sayang itu hanyalah sekadar prop.
Dalam video tersebut, Baby Shima berkongsi pengalamannya menjadi mangsa buli siber oleh netizen Malaysia dan dia banyak membandingkan penerimaan peminatnya di Malaysia dan di Indonesia.
Harap Baby Shima kekal mewarnai industri muzik di Malaysia dan di Indonesia, kita kan serumpun!