in

Semua Yang Korang Perlu Tahu Tentang Banjir Besar & Fenomena Langit Hijau Di Dubai

Untitled Design

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, media sosial dikejutkan dengan video-video dan gambar-gambar yang menunjukkan banjir besar yang sedang berlaku di Dubai. Situasi tersebut boleh dikatakan sangat dahsyat memandangkan Dubai merupakan salah satu wilayah paling kering di dunia.

Banjir ini telah berlaku ekoran hujan lebat yang berlaku di Emiriah Arab Bersatu dan Oman sehingga menenggelamkan kereta, lebuh raya dan sekurang-kurangnya 21 orang telah terbunuh. Selain itu, penerbangan keluar dan masuk dari lapangan terbang Dubai juga turut terganggu akibat banjir tersebut.


Tak cukup dengan itu, terdapat video tular menunjukkan langit di Dubai bertukar menjadi warna hijau selepas banjir besar yang berlaku. Pun begitu, hujan lebat yang melanda dubai ini bukanlah situasi yang pelik memandangkan ahli kaji cuaca telah pun meramalkan ribut selama beberapa hari di sana.

Kalau korang nak tahu apa sebenarnya yang berlaku di Dubai dan apa punca langit bertukar menjadi warna hijau, baca penjelasannya dekat bawah ni.

Artikel berkaitan: Dubai Dilanda Fenomena Aneh, Langit Bertukar Hijau Lepas Banjir Besar

Artikel berkaitan: UAE Dilanda Ribut Badai, Tular Rakaman Airport Dubai Seperti ‘Lautan’

Hujan lebat jarang berlaku tapi bukan tak pernah

Menurut pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu, hujan selama 24 jam yang berlaku pada Selasa lalu merupakan hujan terbesar yang pernah berlaku di negara tersebut sejak 1949. Namun begitu, beberapa tempat di negara tersebut telah pun mengalami ribut petir bulan lepas.

Oman yang terletak di persisiran pantai Lautan Arab juga terdedah kepada cuaca tropikal. Di mana berlakunya ribut, hujan lebat, angin kencang dan tanah runtuh yang menyebabkan kerosakan besar.

Pemanasan global penyebab hujan lebat

Ribut besar yang berlaku bukan sahaja di Dubai malah di kebanyakan negara sekarang ini adalah disebabkan oleh pemanasan global yang dibuat oleh manusia sendiri. Ekoran atmosfera yang semakin panas, awan boleh menampung lebih banyak lembapan dan akhirnya melepaskan jumlah hujan atau salji yang deras.

Pun begitu, menurut saintis yang bersidang di Pertubuhan Bangsa Bersatu, mereka tak mempunyai data yang cukup untuk mengetahui tentang trend hujan di Semenanjung Arab dan bagaimana perubahan iklim boleh mempengaruhinya.

Tapi, jika pemasanan global terus berlaku dan menjadi bertambah buruk pada masa akan datang, hujan lebat di wilayah itu mungkin akan menjadi lebih teruk dan kerap.

Kenapa banjir teruk berlaku di Dubai?

Banjir teruk yang berlaku di Dubai bukanlah disebabkan oleh berapa banyak hujan yang turun, tapi apa yang berlaku apabila hujan tersebut cecah ke tanah dan di tempat-tempat yang mempunyai penduduk.

Bandar seperti Dubai tidak dibangunkan untuk mengeringkan air dengan efektif. Ekoran jarang mendapat hujan lebat, sistem saliran yang direka tidak mengambil kira sekiranya hujan yang sangat lebat berlaku. Jadi, longkang-longkang di sana tak dapat nak menampung air yang banyak sehingga menjadi banjir.

Tak cukup dengan itu, salah satu kajian menunjukkan, ekoran kemajuan pesat di Dubai sejak setengah dekad yang lalu, ia menjadikan bandar tersebut lebih berisiko untuk mengalami banjir berbanding sebelum ini.

Langit di Dubai bertukar hijau selepas dilanda ribut

Beberapa hari lepas, netizen dikejutkan dengan penularan video menunjukkan langit di Dubai bertukar hijau selepas hujan lebat dan ribut yang melanda bandar tersebut.

Video time-lapse berdurasi 23 saat itu menunjukkan bagaimana langit di Dubai yang berwarna kelabu telah bertukar menjadi hijau apabila hujan semakin lebat.

Fenomena semulajadi itu telah menyebabkan ramai netizen terkejut dan ada juga yang mengatakan ia merupakan petanda puting beliung atau hujan batu yang akan berlaku.

Tapi sebenarnya, langit bertukar hijau ketika hujan ribut berlaku merupakan fenomena semulajadi yang dipanggil sebagai virescene. Ia berlaku apabila pantulan cahaya biru hujan bergabung dengan kemerahan ketika senja menjadikan langit bertukar hijau.

Satu kepercayaan biasa mengatakan bahawa ais di dalam ribut telah membantu untuk menyebarkan cahaya dan menjadikan awan kumulonimbus kelihatan seolah-olah berwarna hijau. Lebih banyak hujan batu dan air hujan di dalam awan ribut, ia semakin menjadikan langit berwarna hijau.

Bermula semalam, syarikat-syarikat penerbangan di Dubai telah pun meneruskan jadual penerbangan mereka seperti biasa. Untuk pengetahuan korang, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai merupakan lapangan terbang nombor dua tersibuk di dunia tau. Jadi, korang boleh bayangkanlah betapa sesaknya airport tu bila semua penerbangan dibatalkan.

Sumber: NY Times, Mint, BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.