in

Semua Wajib Dicuba, Ini Jenis-jenis Ketupat Yang Korang Perlu Tahu!

Feature 2 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak kira lah hari raya Aidilfitri atau hari raya Aidiladha, jarang lah tuan rumah tak hidangkan ketupat kalau pergi beraya atau open house. Kalau makan dengan rendang, fuh memang sedap.


Jadi, kali ini kami nak senaraikan jenis-jenis ketupat yang ada di Malaysia. Kalau ada yang korang belum try, memang wajib lah makan lepas ni!

#1 Ketupat Nasi

Ketupat jenis ini diperbuat daripada nasi. Selalunya, ketupat nasi akan dihidangkan bersama sate. Kalau makan sate takde ni, macam tak complete je kan. Mungkin sebab tu juga ada yang panggil ketupat nasi ni sebagai ketupat sate.

Ketupat 2

Sekarang, ketupat ni seakan dah hilang sebab lagi senang buat nasi impit segera yang dalam plastik tu.

Sebelum direbus, beras akan dimasukkan ke dalam losong yang diperbuat daripada daun kelapa. Anyaman ketupat nasi pun cantik dan kemas je.

Ketupat 10

Rupanya, ketupat nasi pun ada pelbagai jenis. Bahannya sama cuma yang lain sikit adalah jenis anyaman ketupat. Ada ketupat bawang, ketupat burung dan ketupat jantung.

Ketupat nasi yang dimakan bersama lodeh dan rendang juga lebih terkenal di selatan Semenanjung berbanding orang Utara dan Pantai Timur.

#2 Ketupat palas

Dibuat daripada beras pulut, ketupat palas pula lebih popular di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Ketupat ini menggunakan daun palas sebagai pembungkus. Yang uniknya, ketupat ni berbentuk segi tiga dan boleh dimasak dengan dua cara sama ada direbus atau dikukus.

Ketupat 4

Kalau nenek admin, selalunya dia akan rebus je ketupat palas ni. 

Ketupat ni juga ada pelbagai variasi. Ada ketupat yang berinti kacang, inti serunding dan inti jagung. Ketupat palas yang kosong pun ada. Semua sedap lah!

Ketupat 9

#3 Ketupat sotong

Juga dikenali sebagai sotong sumbat, ketupat sotong ialah pulut yang disumbat ke dalam sotong. Selalunya, hanya sotong yang bersaiz besar sahaja yang akan digunakan. Kemudian, sotong yang telah disumbat akan dimasak dalam santan pekat.

Ketupat 6

Juadah ini cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Katanya, dulu-dulu, hidangan ini selalu dimasak ketika musim mencadat sotong sebab hasil tangkapan sotong yang terlalu banyak.

Yang uniknya juga, ketupat sotong ni juga merupakan satu-satunya ketupat yang tidak dibalut dalam sebarang daun.

#4 Burasak

Mungkin ada yang belum tahu tentang menu burasak ni. Difahamkan, makanan ini merupakan antara hidangan lebaran yang famous di Sabah, khususnya masyarakat Bugis.

Ketupat 8

Menurut Sinar Harian, juadah ni diibaratkan seperti ketupat nasi yang bentuknya menyerupai lepat pisang bersantan. Burasak yang juga diperbuat daripada beras dikatakan mirip ketupat.

Untuk buat burasak, korang perlu: 

-Masak santan dan beras bersama

-Kepal beras tersebut dan letakkan ke dalam daun pisang dan jangan lupa, ikat bungkusan daun pisang dengan kemas menggunakan talia rafia

-Akhir sekali, rebus burasak tadi selama empat jam

Rasanya ada banyak lagi jenis-jenis ketupat yang lain. So far, yang mana satu ketupat kegemaran korang?

Baca: 6 Menu Yang Laris Dimakan Tetamu Kalau Plan Nak Buat Open House Tahun Ni 

Ketupat

Sumber: Gegar.my
Sumber: Butterkicap
Sumber: Gegar.my
Sumber: Twitter
Sumber: Citarasawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.