Selsun Blue B

Walaupun kita sudah berada pada zaman yang serba canggih dan moden, tidak dapat dinafikan masih ada sesetengah antara kita yang percaya kepada perkaya tahyul, mitos ataupun cerita yang belum tahu kesahihannya.

Antara mitos yang biasa kita dengar seperti, larangan duduk di atas bantal, risau akan tumbuh bisul, jangan menyanyi di dapur, nanti berjodoh dengan orang yang berumur dan yang selalu sangat kita dengar pastinya, jangan cabut uban di kepala, nanti ia akan tumbuh lebih banyak.

Sebut pasal rambut ni kan, rupa-rupanya ada banyak lagi mitos yang berkaitan dengan rambut dan masyarakat dah terlalu lama dimomokkan dengan cerita yang tidak tepat dan tidak dapat dibuktikan dengan kajian secara klinikal atau berasaskan Sains, antaranya :

1. Kelemumur boleh berjangkit

Dandruff Seborrhea

Walaupun masalah kelemumur ini merupakan sesuatu yang memalukan dan boleh mengurangkan keyakinan seseorang, ia sebenarnya tidak berbahaya dan tidak boleh berjangkit! Tidak seperti batuk atau selsema.

Jadi, jangan risau. Kelemumur tidak akan berjangkit jika kawan serumah atau pasangan kita ada masalah ini.

2. Jangan kerap syampu rambut kalau berkelemumur

Ini juga merupakan mitos dan biasanya terjadi bila kita anggap kelumur itu adalah disebabkan kulit kepala kering. Hakikatnya kotoran yang terperangkap dan lapisan sel kulit mati di kulit kepala perlu dibasuh dan dibersihkan selalu.

Ini kerana, sel-sel kulit kepala yang mati serta kotoran tadi akan berkumpul dan ia akan menjadi ‘makanan’ kepada kulat Malassezia yang merupakan punca terjadinya pembentukan kelemumur di kepala. Jadi, sekiranya kepala berkelemumur, kena rajin cuci rambut, bukan kurangkan!

3. Kelemumur sebabkan rambut gugur

Lead Rambut Gugur

Mitos inilah paling banyak kita dengar, lebih-lebih lagi kalau kondisi kepala berkelemumur. Sebenarnya, menurut Majalah Sains keguguran rambut adalah perkara biasa yang dialami dan ia akan digantikan semula dengan rambut baru.

Lain kisahnya jika kulit kepala berkelemumur, sebab utama rambut gugur bukan disebabkan kelemumur itu sendiri, tetapi lebih kepada terlaku kerap menggaru kepala akibat gatal. Kekerapan menggaru boleh menyebabkan rambut putus.

Jadi untuk menghilangkan kegatalan, perlu gunakan syampu yang sesuai dan boleh merawat masalah tersebut.

4. Gunakan syampu setiap hari untuk rambut sihat

Menurut perkongsian pakar di WebMD, sebenarnya tiada jawapan yang tepat untuk kekerapan  menggunakan syampu untuk menjadikan rambut lebih sihat. Cuma, apa yang sering diperkatakan adalah gunakan syampu sesuai dengan keadaan rambut dan kulit kepala terutamanya jika ada masalah kelemumur.

Ada sesetengah syampu khusus atau dikategorikan sebagai syampu berubat (medicated syampoo) seperti Selsun Blue atau lain-lain mempunyai kandungan bahan aktif seperti Selenium Sulfida dan sebagainya, jadi penggunaan syampu kategori perubatan boleh membantu dalam mengurangkan dan mengawal masalah kelemumur.

5. Semua syampu boleh hilangkan kelemumur

Hairdresser 1179461 1920

MITOS! Bukan semua syampu yang ada dipasaran boleh hilangkan kelemumur. Korang perlu tahu, fungsi syampu ialah memerangkap minyak dan kotoran di kulit kepala. Tetapi, ia tidak akan mematikan atau menghilangkan kulat Malassezia yang merupakan punca utama penyebab kelemumur.

Syampu anti kelemumur dengan kandungan bahan tertentu boleh merawat kelemumur

Menurut perkongsian DoctorOnCall, masalah kelemumur sebenarnya boleh dirawat mengunakan syampu yang mempunyai bahan tertentu, contohnya Selenium Sulfida yang mampu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat.

Kalau kita tengok di pasaran, salah satu syampu yang terbukti secara klinikal untuk hilangkan kelemumur serta mempunyai kandungan Selenium Sulfida adalah rangkaian produk Selsun Blue.

Syampu Selsun Blue berupaya merawat kelemumur dengan berkesan dan membantu mengurangkan ia terbentuk semula dengan memfokuskan kepada punca masalah kelemumur tersebut. Kalau perasan, jenama ini hanya ada 3 jenis syampu di pasaran iaitu;

Selsun Blue Extra Strength Shampoo

Fa Branded Article Visual 2

Tudung bewarna merah, sesuai untuk semua jenis rambut dan mereka yang mempunyai masalah kulit kepala gatal. Ia juga disertakan dengan menthol untuk memberikan sensasi sejuk pada kulit kepala.

Selsun Blue Extra Moisturizing Shampoo

Fa Branded Article Visual 3

Tudung bewarna hijau, ini pula sesuai untuk korang yang ada masalah rambut kering dan rosak. Selain ia akan merawat masalah kelemumur, ia juga mengandungi aloe vera yang akan melembabkan kulit kepala seterusnya merawat rambut yang rosak.

Selsun Blue 2-in-1 Shampoo

Fa Branded Article Visual 4

Tudung bewarna ungu, syampu ini sesuai untuk rambut yang normal dan paling best, ia adalah gabungan syampu dan perapi rambut! Kandungan asid hyaluronik dan vitamin B5 yang terdapat pada syampu ini boleh mengekalkan kulit kepala dan rambut yang sihat tanpa kelemumur. 

Cara Pengunaan Selsun Blue Dengan Betul

Rangkaian syampu Selsun Blue ini tidak digalakkan untuk kegunaan harian! Ia boleh digunakan dua hingga tiga kali seminggu dan boleh selang selikan dengan syampu biasa.

Caranya mudah :

  1. Selepas basahkan rambut, gunakan syampu Selsun Blue.
  2. Biarkan selama 1-2 minit untuk kandungan aktif Selenium Sulfida bertindak dengan efektif keatas kelemumur.
  3. Bilas.
  4. Dah siap.
Fa Branded Article Visual 1
Oh, sebelum min terlupa. Sempena Merdeka nanti, Selsun Blue ada buat tawaran menarik di Shopee dan Lazada. Bermula dari 1 – 31 Ogos 2021, setiap pembelian di kedai rasmi, ada diskaun 15% tau! Jadi, jangan lepaskan peluang ni, cepat-cepatlah beli kalau ada masalah kelemumur tu, sementara ada offer ni.

Sumber: MedicineNet
Sumber: Hello Doktor
Sumber: Pixabay
Sumber: Selsun Blue
Sumber: Selsun Blue
Sumber: Selsun Blue
Sumber: Selsun Blue