Tak sampai setengah penggal, kerajaan Pakatan Harapan telah jatuh lepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Dalam masa dua minggu, Tan Sri Muhyiddin telah dilantik menjadi perdana menteri ke-8 dan baru dua hari lepas dia umumkan barisan kabinet baru.
Selepas kemelut politik negara reda, Tun M telah dedahkan ‘dalang’ yang merupakan mastermind disebalik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan adalah tak lain dan tak bukan… Datuk Seri Najib!!!
Bercakap dengan Sinar Harian, Tun M telah menyalahkan DS Najib dan mengatakan yang perkara ni dah dirancang lama.
“Yang betul-betul berkonspirasi ialah Najib. Apabila dia kalah, maka dia dapat idea kalau dia boleh tubuh satu kerajaan Melayu Islam, maka dia akan dapat lebih sokongan orang Melayu dan dia akan menang.”
Tun M turut menambah, kekalahan DS Najib semasa GE14, bekas PM ni tak henti-henti tekankan naratif Melayu Islam dan cuba mencari sokongan Bersatu untuk menubuhkan kerajaan Melayu Islam dan menganggap DAP sebagai jahat.
Tambah Tun M lagi, Najib mahukan kuasanya dikembalikan secepat mungkin kerana perbicaraan korupsinya dah hampir ke penghujung dan dia boleh dipenjarakan.
Ini adalah konspirasi Perikatan Nasional lepas kalah PRU dengan meyakinkan ahli Bersatu untuk menyokong mereka. Bersatu kemudiannya keluar dari PH dan menyebabkan kejatuhan kerajaan.”
Namun seperti biasa, bila namanya disebut, jarang DS Najib nak diamkan diri je. Di laman Facebook peribadinya, DS Najib mengatakan, dia tak tahu langsung yang dia adalah punca kerajaan PH jatuh.
Saya main FB pun boleh jatuhkan satu kerajaan ke? Bahaya juga. Lain kali saya main PS4 sudah.”
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156812695180952/?type=3