in

“Semua diuruskan” – Suami Kongsi Kahwin Kali Ketiga, Isteri Pertama & Kedua Siapkan Majlis!

Syaz Ft 2024 12 03T125427.505

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Topik poligami merupakan isu yang agak sensitif dan sering menjadi perbualan ramai di media sosial.

Terbaru, baru-baru ini seorang suami menerusi laman Facebook miliknya berkongsi pengalamannya bernikah untuk kali ketiga dan majlis perkahwinannya itu diuruskan oleh kedua-dua isteri pertama dan keduanya.


Artikel berkaitan: Tular Dakwaan Sudah Berpoligami, Sanusi Nafi Kahwin Lain Secara Senyap

Artikel berkaitan: Viral ‘Statement’ Wanita Teringin Poligami, Influencer Ulas Perkataan ‘Kalau’ Macam Persoal Hukum Allah?

Dalam hantarannya itu, Amirul Hakimin ZH berkongsi dia amat berterima kasih kepada kesemua ahli keluarganya yang membantu menjayakan perkahwinan ketiganya itu.

“Terima kasih buat ibu bapa saya yang ‘sporting’ menyokong perkahwinan poligami ini, menghadirkan diri dan memeriahkan majlis ijab qabul ini. Barakallahu fikum.

Terima kasih buat isteri² saya, isteri pertama dan isteri kedua. Diorang banyak berusaha untuk menjayakan majlis ini. Sorang jadi wedding planner, sorang jadi goodies packer. Baju pengantin, decoration, diorang lah yang uruskan. Barakallahu fikum,” tulisnya.

Dia juga berterima kasih kepada rakan-rakannya dari group Facebook Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia – Harmoni kerana banyak memberikan contoh yang baik sebagai pengajaran buatnya.

Dalam pada itu, dia juga berkongsi dia bersyukur bertemu dengan ‘circle’ poligami yang sangat positif sehingga boleh belajar banyak perkara untuk memperbaiki dirinya serta perkahwinan.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai respon daripada netizen malah ramai juga yang mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan itu.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.