in

Sempena Ulang Tahun Ke-9, Lazada Lancar Ciri Baharu ‘Lazada Bonus’ Dengan Pelbagai Kejutan Istimewa!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak berkhidmat kepada jutaan rakyat Malaysia bermula tahun 2012, Lazada tampil dengan ciri terbaharu ‘Lazada Bonus’ sempena meraikan ulang tahunnya yang Ke-9 tahun ini.


Malah ciri baharu tersebut menawarkan penjimatan tambahan kepada pelanggan tempatan sepanjang Mac ini.

Malah rakyat Malaysia boleh menggunakan beberapa baucer serentak dengan ciri ‘Lazada Bonus’ bagi mendapatkan penjimatan tambahan sehingga RM40.

Kejutan istimewa sempena ulang tahun Lazada ini mencapai kemuncaknya pada 27 Mac ini dengan pelbagai tawaran menarik antara:

Baucer Penghantaran Percuma RM9, tawaran Jaminan Harga Terendah dengan janjian pulangan wang 9 kali ganda, diskaun sehingga 90%, Flash Sale RM9, Chup Dulu, ganjaran Lazada Wallet, diskaun Lazcoins dan banyak lagi.

 

Ini antara tarikh-tarikh penting yang korang pasti taknak lepaskan

•Big Baby Boss mulai 1 hingga 3 Mac: Untuk para ibu bapa yang sedang mencari tawaran istimewa untuk barangan keperluan bayi, alat permainan, dan susu formula daripada Pediasure, Enfagrow, Drypers, Huggies, LEGO, Fisher-Price, Hasbro dan banyak lagi.

•3.3 pada 3 Mac: Untuk diskaun hebat daripada Innisfree, LANEIGE, Apple, Nike, dan lain-lain.

•‘LazMall Brands Festival’ mulai 4 hingga 19 Mac: Untuk para peminat jenama Samsung, Xiaomi, ASUS, Philips, Vans, Converse, L’Oréal Paris, Shiseido, Tesco Groceries, dan banyak lagi untuk mendapatkan tawaran eksklusif dan keluaran terkini daripada jenama-jenama asli di LazMall.

•Kempen Hari Wanita Antarabangsa mulai 6 hingga 10 Mac: Istimewa untuk para fesyenista untuk menikmati produk penjagaan diri, penjagaan kulit, kosmetik, dan aksesori daripada L’Occitane, Aesop, Calvin Klein, Onitsuka Tiger, Watsons, dan banyak lagi.

•Pra-Jualan Chup Dulu Ulang Tahun Ke-9 Lazada mulai 14 hingga 26 Mac: Untuk para pembeli awal yang ingin mengurangkan lagi harga dengan menempah barang terlebih dahulu menerusi deposit. Chup Dulu memastikan proses pembayaran yang serba lancar pada hari mega.

•‘Countdown’ Jualan Ulang Tahun Ke-9 Lazada mulai 20 hingga 26 Mac: Isimewa untuk para pembeli bijak mendapatkan penjimatan tambahan dengan mengumpul baucar Penghantaran Percuma RM9 untuk ditebus pada hari mega. Pada tempoh ini, pelanggan yang awal menambah nilai Lazada Wallet akan mendapatkan ganjaran rebat segera dan berpeluang untuk memenangi Hadiah Heartbeat bernilai lebih RM200,000.

•Hari Mega Jualan Ulang Tahun Ke-9 Lazada pada 27 Mac: Untuk tawaran dalam talian terhebat di seluruh negara dengan diskaun sehingga 90%, Flash Sale RM9, baucar Lazada Bonus, dan Crazy Brand Mega Offers yang disokong oleh Jaminan Harga Terendah dengan janjian pulangan wang 9 kali ganda*.

Sumber: Lazada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.