Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri dan Perdana Menteri Singapura TYT Lee Hsien Loong telah mengumumkan bahawa sempadan di antara dua negara ini akan dibuka sepenuhnya bermula 1 April ini.
Keputusan ini dibuat selepas kedua-dua perdana menteri ini bersetuju bahawa Malaysia dan Singapura telah menunjukkan perkembangan yang baik dalam menangani pandemik Covid-19.
Sejajar dengan peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik Covid-19, kedua-dua pemimpin telah bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk membuka sempadan darat kedua-dua negara bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi.
Oleh yang demikian, bermula 1 April 2022, kedua-dua negara membenarkan semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian Covid-19 termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.”
PM @IsmailSabri60 & PM @leehsienloong have announced full border opening effective 1 April between Malaysia & Singapore. Crucially, the land border will open fully for vaccinated travellers, to all vehicles – no tests, no quarantine, no quota. #ReopeningSafely pic.twitter.com/7UTfUsAGbN
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) March 24, 2022
Selain itu, pagi tadi TYT Lee Hsien Loong mengumumkan, bermula 29 Mac ini, pemakaian pelitup muka ketika berada di luar rumah adalah tidak wajib manakala wajib pakai bila berada di tempat tertutup, lapor Mothership.
Pengumuman pemakaian pelitup muka di Singapura telah membuatkan ada rakyat Malaysia turut meminta agar perkara yang sama dijalankan di negara ini namun ada juga yang meminta agar SOP ini dikekalkan.
Oklah tu, kalau tak nak pakai mask boleh pergi Singapura, kan?
Baca: VTL Darat & Udara Malaysia-Singapura Dibuka Semula Bermula Hari Ini