in

“Semoga diberikan syurga buatnya” – Nenek Tua Terima Hidayah Islam Pada Usia 85 Tahun

Untitled Collage 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seronok sebenarnya bila kita dengar kisah saudara-saudara baru dibukakan pintu hati mereka untuk menerima hidayah Islam. Sepanjang kita hidup pun, belum tentu cukup amal dan belum tentu juga semua amalan kita diterima Allah SWT.

Tapi alangkah indahnya perjalanan hidup seorang nenek tua berusia 85 tahun ini, yang memeluk Islam ketika beliau kini sedang meniti penghujung usianya.


Menerusi perkongsian daripada laman Instagram, nenek yang dikenali sebagai Mariam ini telah pun mengucapkan kalimah syahadah di hadapan seorang imam masjid di Redbridge Islamic Centre pada penghujung tahun lalu.

Ketika itu, Mariam dikatakan berjalan masuk sendirian ke dalam masjid ketika jemaah lain sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Jumaat.

Malah saksi juga bercerita, Mariam meluahkan kebimbangannya kerana khuatir sama ada kedatangannya ke masjid itu akan disambut dengan baik atau tidak oleh orang-orang di sekelilingnya.

Namun Islam itu indah, kehadiran Mariam disambut baik jemaah wanita yang kemudian mempelawa beliau masuk — sebelum mereka berbual dengan lebih lanjut mengenai hasrat Mariam, yang bertanya “Bagaimana untuk menjadi seorang Islam? Saya mahu memeluk Islam.”

Pertanyaan ikhlas itu membuatkan beberapa jemaah di situ menitiskan air mata.

Nenek1

Menerusi perkongsian di laman Twitter @BirdsofJannah, Mariam merupakan seorang anak yatim piatu sejak lahir lagi — beliau tidak mempunyai saudara mara, dan hidup sebatang kara sepanjang hayatnya.

Mujur ramai yang sudi membantu dan membimbing beliau untuk mengamalkan cara hidup sebagai seorang saudara baru dalam Islam. Malah satu laman Instagram untuk berkongsi perjalanan revert Mariam turut diwujudkan.

Ketika ini, Mariam dikatakan sedang bersungguh-sungguh mempelajari bahasa Arab. Comel kan? Semoga semua urusan beliau dipermudahkan.

 

Baca: “SIS pertubuhan sesat” – Netizen Menyampah Sisters In Islam Nak Kerajaan Haramkan Khatan Untuk Bayi Perempuan

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.