Penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal Alif Satar telah disahkan positif Covid-19. Perkara itu baru sahaja disahkan oleh beliau sendiri melalui muat naik terkini di akaun Instagram miliknya @alifsatar.
Semoga cepat sembuh!
Rata-rata netizen mendoakan Alif Satar segera sembuh dan dipermudahkan urusan kuarantin dipermudahkan. Rakan-rakan artis juga turut tidak melepaskan peluang mendoakan kesembuhan beliau di Instagram.
Kami di Lobak Merah mendoakan Alif dan keluarga cepat sembuh dan sentiasa selamat menjalani proses kuarantin. Stay strong, Ironman!