Baru semalam, pelakon Daler Yusuf melalui Instagram peribadinya memberitahu bahawa neneknya di Uzbekistan kini dalam keadaan tenat akibat positif COVID 19.
Melalui posting tersebut Daler memohon doa daripada peminatnya sekalian agar neneknya itu yang kini kritikal di hospital cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. Tambah Daler lagi, wanita terbabit koma dan paru-parunya juga dalam keadaan teruk.
https://www.instagram.com/p/CDfxyfMpW6l/
Namun tiada siapa dapat menjangka, ajal menjemput nenek Daler hari ini dan berita itu disampaikan Daler di Instagram.
Menurut Daler, neneknya itu merupakan orang paling dekat dengannya semenjak ibunya meninggal dunia semasa kecil dan wanita itulah juga menjadi pendorong kepadanya untuk terus berjaya dalam dunia lakonan.
“Untuk setiap kekuatan Daler merantau jauh dari rumah, ada kekuatan Ochajon yang Daler bawa bersama.
“Thank you for all the things you have done for me. Moga Allah tempatkan Ochajon, di syurgaNya.”
https://www.instagram.com/p/CDknjbrpLj_/?igshid=v9t8j1rsi4ht
Semoga Daler tabah menghadapi dugaan ini. Al Fatihah.