Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh masih diteruskan, maka pelajar sekolah mahupun institut pengajian tinggi perlu menjalani pembelajaran Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR) di rumah masing-masing.
Ternyata perkara ini bukan saja memberi cabaran kepada warga pendidik, malah oleh pelajar itu sendiri bagi memberikan tumpuan mereka supaya mereka tak ketinggalan dalam pembelajaran.
Tugasan anak murid cukup kreatif
Tak dapat kita sangkal lagi, sebenarnya PDPR ini juga menguji kemahiran dan kreativiti seseorang pelajar tu untuk menyiapkan tugasan mereka.
Menerusi perkongsian di Facebook baru-baru ini, seorang guru dikenali sebagai puan Noliza Sulaiman ada berkongsikan video tugasan dihantar oleh anak muridnya yang kini berada di darjah 1.
Menurut Puan Noliza, dia ada memberikan tugasan muzik kepada anak muridnya dan hasil daripada salah seorang pelajarnya bernama Nur Sakiinatul Husna cukup menarik perhatiannya.
Apa tidaknya, dalam video tersebut nampak Sakiina betul menjiwai wataknya dan menyanyikan lagu tugasan berkenaan dengan cukup bersemangat. Bukan itu saja, prop digunakan juga cukup kreatif supaya menyerlahkan lagi persembahannya itu.
Tak lupa juga bantuan keluarga murid tersebut yang boleh dilihat gigih membantu Sakiina supaya dapat berikan hasil yang memuaskan.
Hasilnya, sehingga kini video perkongsian itu telah meraih lebih dari 16k likes.
“Terbaik ibu ayah si cilik ini”
Menjengah ke ruangan komen, ternyata aksi murid tersebut menarik perhatian dan mendapat pujian netizen. Ramai turut memuji ibu bapa Sakiina sebab berusaha membantu bagi yang terbaik untuk anak mereka.
Semangat betul dia menyanyi, comel!