Kalau semalam ahli MP daripada Barisan Nasional dan PAS telah menaiki sebuah bas persiaran untuk ke Istana Negara bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, hari ini nampaknya ahli parlimen daripada Pakatan Harapan pula membuat hal yang sama.
Menerusi perkongsian Facebook YB Fuziah Salleh, kesemua MP terbabit telah menaiki bas KL Hop On Hop Off untuk bertemu dengan YDP Agong di Istana Negara awal pagi tadi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah pun naik bas?
Antara yang menarik perhatian ialah Presiden PKR dan bekas TPM juga dilihat menaiki bas tersebut. Masing-masing kelihatan ceria dan tak sabar-sabar untuk sampai ke destinasi.
Menurut Malaysia Gazette, antara MP lain yang berada di dalam bas yang sama termasuklah, YB Fahmi Fadzil, YB Shamsul Iskandar Md Akin dan Datuk Johari Abdul.
Kehadiran ahli parlimen PKR tersebut telah disambut dengan laungan ‘reformasi’ oleh para penyokong termasuk kumpulan Otai Reformasi yang kini berada di perkarangan Istana Negara.
Pun begitu hingga kini, masih belum lagi kelihatan ahli-ahli parlimen daripada DAP dan Amanah di perkarangan istana.
Amboi seronoknya semua pakat naik bas pergi Istana Negara!
Baca: “Macam lawatan sekolah” – Ahli Parlimen BN & PAS Buat Kejutan, Jumpa YDP Agong Naik Bas Dari PWTC