in

“Selfie tapi tunjuk 3 jari” – Tiba-tiba Dapat Mesej Dari Vivy Yusof, Wanita Ingat Scam Rupanya…

Vivy Yusof Selfie 3 Jari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan banyak kes scam menerusi aplikasi WhatsApp yang menawarkan pekerjaan sering berlaku sejak akhir-akhir ini, seorang wanita agak ragu-ragu apabila dia menerima mesej yang didakwa dihantar dari pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, @auwatifadeeb memaparkan mesej yang diterimanya daripada Vivy Yusof yang mengajaknya untuk makan tengah hari.


Vivy berkata, kebetulan dia berada di Pulau Pinang pada ketika itu dan dia berminat untuk membawa beberapa pelanggannya untuk makan lunch bersama.

Vivy 1

“Selfie tapi tunjuk 3 jari sahaja” 

Berasa curiga dengan mesej yang diterimanya, wanita itu kemudian menyuruh Vivy mengambil selfie terlebih dahulu.

Namun setelah menerima selfie itu, Auwatif masih berasa curiga dan menyuruh usahawan itu untuk memuat naik satu lagi selfie namun dengan menunjukkan tiga jari. Alahai! 

@auwatifadeeb

Selfie tiga jari #theduckgroup #duckies #Penang #vivyyusof

♬ original sound – Auwatif Adeeb – Auwatif Adeeb

Setelah gambar diberi, ternyata memang benar individu yang menghantar mesej itu Vivy Yusof iaitu pemilik kepada syarikat tudung terkenal, Duck.

Video itu kemudian memaparkan momen gembira Vivy bersama Auwatif dan beberapa pelanggan lain menikmati makan tengah hari di restoran Rumah Kacha. Bestnya siap dapat hadiah tudung!

“Macam member je dia mintak selfie” 

Video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang geli hati melihat reaksi wanita berkenaan dan Vivy Yusof bersahaja dalam menjawab mesej.

Selfie

Berani eh dia minta selfie tiga jari. Comel je! 

Baca: “Kami masih di sini” – Vivy Yusof Buka Mulut Selepas Terpalit Isu Panas Penutupan FashionValet

Lilit

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.