Dua orang anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
Kedua-dua remaja lelaki yang berumur 14 dan 17 tahun itu ditahan reman selepas permohonan dibuat pada pagi Ahad.
Perintah pertahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Sumber: Astro Awani
Menurut laporan Astro Awani, perintah reman terhadap kedua-dua suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula 9 hingga 15 September ini. Mereka ditahan di Taman Tun Dr Ismail pada 4 petang semalam.
14 Jun lepas, Nazrin ditemui maut dalam satu kebakaran di dalam biliknya di Mutiara Homes, Petaling Jaya.
Sumber: MySuara
Bertindak di atas penemuan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menemui kesan petrol di lokasi kebakaran, isteri mangsa dan bekas suaminya turut ditahan pada 4 September bagi membantu siasatan.
Isterinya mendakwa penemuan Jabatan Bomba itu tidak benar. Kes Nazrin kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Baca: Isteri Arwah CEO Cradle Fun Didakwa Terlibat Pembunuhan Suami