in

Selebriti & Usahawan Pakai Kereta Lamborghini Liat ‘Renew’ Cukai Jalan, Bagi Alasan Jarang Guna

ft kereta mewah selebriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selebriti dan ahli perniagaan antara pemilik kenderaan mewah seperti Ferrari, Lamborghini dan Porshe yang dikesan begitu liat untuk membayar cukai jalan dan perlindungan insurans dalam masa yang lama.

Menurut sumber, mereka memberikan alasan jarang guna kerana hanya digunakan pada waktu hujung minggu sahaja.


Artikel berkaitan : JPJ Sita 101 Kenderaan Mewah, Termasuk Porsche Milik Selebriti Wanita

Artikel berkaitan : Pakai Persona 1.6, Motor Yamaha LC135. Adakah Ini Kenderaan Mewah? #Belanjawan2019

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Muhammad Kifli Ma Hassan menegaskan bahawa biarpun jarang guna dan dipandu pada hari-hari tertentu, ia tetap menjadi kesalahan kerana ia tidak diperbaharui dalam tempoh yang lama.

“Mungkin bagi individu ini jarang guna menyebabkan tidak perlu memperbaharui cukai jalan dan insurans, sedangkan ia adalah satu kesalahan.”

Tegasnya lagi, JPJ tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika mereka dapat mengesan kenderaan mewah itu berada di atas jalan raya.

“Kita sudah kenal pasti pemilik kenderaan mewah ini, jika kita kesan kenderaan ini dipandu mereka dan berada di atas jalan raya kita akan ambil tindakan.”

Screenshot 2025 08 04 173335

Sebelum ini, pihak media telah melaporakan bahawa JPJ kini mempunyai senarai lebih daripada 1,000 kenderaan mewah di Malaysia yang tidak memperbaharui cukai jalan untuk satu tempoh yang panjang.

Sebanyak 53 buah kenderaan mewah yang bernilai jutaan ringgit setiap satu telah disita baru-baru ini menerusi Ops Luxury yang dijalankan selama 3 hari di sekitar Lembah Klang yang bermula pada 30 Julai lalu.

Untuk rekod setakat ini sebanyak 154 kenderaan mewah sudah disita oleh JPJ menerusi dua siri Ops Luxury iaitu pada bulan Jun dan Julai lalu.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.