in

Selangor FC Berdepan Denda RM110,000 Oleh AFC Gara-gara Kesalahan Kain Rentang Penyokong

selangor fc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Badan pengelola bola sepak Asia, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah menjatuhkan hukuman berat kepada kelab bola sepak Malaysia, Selangor FC sebanyak US$24,500 (bersamaan kira-kira RM110,000).

Screenshot 2025 01 18 at 1.21.58 PM

Memetik laporan Malaysia Gazette, Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC telah mengenakan denda tersebut membabitkan tiga kesalahan ketika aksi Liga Juara-Juara Asia 2 menentang kelab bola sepak dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors pada 23 Oktober 2024 lalu.


Denda itu adalah atas kesalahan gara-gara tindakan penyokong mempamerkan kain rentang yang mengandungi unsur yang dilarang serta kegagalan Selangor untuk menghalang penyokongnya membawa masuk dan menayangkan kain rentang tersebut.

Satu lagi kesalahan yang turut dikenakan denda adalah tindakan Selangor FC yang menyebabkan berlaku kelewatan sepak mula aksi separuh masa kedua dalam perlawanan itu.

Artikel berkaitan: AFC Sokong Palestin, Mahu FIFA Gantung Israel

Artikel berkaitan: “Semangat mendidik” – Orang Ramai Teruja Tengok Faisal Halim Jadi Coach Pasukan Bola Sepak

Screenshot 2025 01 18 at 1.22.05 PM

Bagi kesalahan pertama dan kedua, Selangor FC diperintah membayar denda sebanyak US$15,000 (bersamaan kira-kira RM67,000) dan US$7,500 (bersama kira-kira RM34,000) kerana melanggar Perkara 65.1 serta Perkara 64.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

Semua denda itu perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan berkenaan mengikut Perkara 11.3 Tatatertib dan Kod Etika AFC dan hukuman berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.