in

Selain Pewangi Pakaian, Softener Juga Ada Fungsi Lain Yang Ramai Netizen Tak Tahu

Combine Softlan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kaum wanita khususnya untuk mak-mak kat luar sana sudah pasti nak yang terbaik untuk keluarga mereka. Bukan tu je, persekitaran rumah juga amat penting demi keselesaan keluarga.

Ada je ‘akal’ kaum wanita ni nak buat supaya keadaan rumah tu jadi bersih dan selesa.


Macam seorang ibu yang berasal dari Australia ni, dia tunjuk macam mana cara nak membersihkan dinding kotor dengan menggunakan softener.

Menurut dailymail, wanita ini mencampurkan seperempat penutup softener ke dalam baldi yang berisi air suam lalu mencuci dindingnya dengan campuran berkenaan.

Saftlan

Wanita ini terbaca dimana orang lain juga menggunakan cara ini untuk membersihkan dinding mereka yang kotor dan membuatkannya berbau harum, setelah itu wanita ini terus mencubanya dan tidak menyesal sejak hari tu sebab guna cara ni.

Haa, so korang boleh lah try guna cara ni mana tau berkesan

Katanya, dia seperti berjalan di ladang bungan ros lepas bersihkan dinding rumahnya itu.

Bukan itu sahaja, ada juga wanita lain yang berkongsikan kegunaan softener ini dengan mengambil gambar pintu rumahnya sebelum dan selepas menggunakan cara ini.

Pintu 1

Pintu 2

Dia menggunakan softener, berus yang keras dan sedikit air di baldi. Lalu, dia menggosok kotoran di pintu rumahnya itu dan lap dengan kain lembap.

Siapa sangka kotoran yang sejak enam tahun lalu hilang macam tu je hanya dengan menggunakan softener. Korang boleh tengok perbezaannya kan?

Kelengkapan rumah yang lain juga ada function contohnya krim pencukur. Ianya boleh menghilangkan bau air kencing dan kotoran jubin lantai. Krim pencukur itu perlu direndam selama kira-kira 30 minit sebelum dibersihkan dengan mop. Just jangan biarkan ianya kering nanti susah nak dibersihkan.

Tandas

Baca : “Syabas & hebat!” – Geng Sukarelawan Melayu Tolong Kemas Rumah Keluarga Cina, Siap Belikan Perabot Baru

Rumah

 

Sumber: DailyMail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.