in

“Selagi tak hilang buih jangan naik” – Datin Shahida ‘Tolak’ Aliff Syukri Dalam Kolam Ikan, Paksa Minta Maaf & Stop Drama

Featured 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal dengan usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri yang sentiasa panas dengan kontroversi terutamanya di media sosial.

Terbaharu dia dilihat ‘berperang’ dengan Dato’ Seri Vida mengenai isu kolam ikan malah sampai ke tahap mereka berlawan menunjukkan kemewahan masing-masing.


Tak cukup dengan isu kolam, Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian bila ada ‘pertelingkahan kecil’ dengan penyanyi Baby Shima selepas artis itu meninggalkan ruangan komen mengenai nyanyian Aliff dalam single terbaharunya bertajuk Cowok Baru.

Baby Shima Comment
Sumber: astro gempak

Nak dijadikan cerita, isterinya Datin Shahida ketika itu sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci. So selepas pulang ke tanah air, habis Aliff Syukri kena ‘basuh’ dengan isterinya disebabkan isu-isu panas tersebut.

Datin Shahida jelas nampak sedikit kecewa dengan apa yang berlaku khususnya berkaitan isu kolam ikan dan lagu terbaharu suaminya.

Kenapalah nasib abg dpt bini mcm ni?? garang sgt..abg sedih..

https://www.instagram.com/p/B1vlKBJHefR/

Ini antara ‘nasihat’ Datin Shahida kepada suaminya yang korang boleh dengar dalam video tersebut.

“Tak payah nak berlawan-lawan dengan orang…”

Masuk sekarang!

“Tak masalah dia, biarlah orang nak kata kolam dia besar ke kolam dia kecik ke kalau dia kaya ke, lantak dia lah dapat duit ke xdpt duit pun kan? dapat pahala jauh sekali.”

Dah lah dengan baby shima bergaduh, dah suara xsedap!

“Tak lah dah memang suara xsedap terima je lah hakikat, yang nak marah-marah orang kenapa…”

Minta maaf cepat! minta maaf kat baby shima sekarang!

“Lepas tu xkisahlah lah orang nak kata kolam besar ke kolam cantik ke lantaklah tak ada kena mengena dengan kita, lantaklah itu rezeki dia.”

Sekarang ni u pergi masuk kolam!

Masuk sekarang! masuk sekarang!

 

Akhirnya Aliff Syukri meminta maaf dan berjanji tidak akan buat lagi sebelum ditolak masuk ke dalam kolam tapi…

Pada awalnya Aliff Syukri berdegil, malah enggan meminta maaf dan mengaku salah atas apa yang berlaku.

Namun selepas dipaksa, akhirnya dia meminta maaf dan berjanji tidak akan buat lagi sebelum ditolak masuk ke dalam kolam.

2 25

1 25
Sumber: youtube

Part paling kelakar bila Datin Shahida menasihatkan pekerjanya supaya jangan bantu Aliff untuk keluar dari kolam dan jangan bagi suaminya keluar dari kolam ikan tersebut selagi buih dalam kolam tak hilang…woww tegas juga datin!

“Selagi xhilang buih dlm kolam ni jgn bagi dia naik…”

So disebabkan ketegasan Datin Shahida, Aliff Syukri give up dan ikutkan sahaja apa yang disuruh isterinya itu.

4 16
Sumber: youtube

“Bie janji taknak berlawan dgn orang…”

AKU JANJI TAKNAK LAWAN KOLAM LAGI, AKU JANJI, AKU JANJI!

 

Well! Admin salute betul dengan perangai Datin Shahida ni, bukan senang nak jaga rumah tangga lagi-lagi suami boleh dikatakan sebagai public figure, lagi lah susah.

Baca : Air kolam macam air longkang DSV Sound Aliff Syukri Sebab Meroyan Pasal Kolam Ikan

Dsv

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.