in

“Sekarang saya tahu kenapa Anwar cukup hebat” – Jamal

Page Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua pun tahukan yang Jamal Yunos sebelum ini berjaya ditahan polis selepas melarikan diri ke Indonesia.

Menurut Malaysiakini, selepas meringkuk dalam Penjara Sungai Buloh selama 27 hari, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata dia akhirnya faham kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang yang hebat.


Ketika itu saya salute dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Jelasnya dia kagum dengan jiwa, raga, hati dan mental Anwar yang cukup kental sepanjang tempoh dipenjarakan.

H
sumber: nst

Anwar telah dipenjarakan sebanyak dua kali selepas berdepan dengan tuduhan meliwat dua kali dengan jumlah terkumpul dalam penjara melebihi 10 tahun dan sepanjang waktu itu, Anwar menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai konspirasi politik.

“Apabila di sana (penjara), saya dapat rasakan macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang manusia, pemimpin yang cukup hebat dan perlu diberikan satu penghormatan.”

D
sumber: dw

Walau bagaimanapun, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar tidak mahu memberi komen yang lebih mengenai pertuduhan terhadap Anwar kerana menurutnya dia tidak mahu menghakimi beliau.

“Apa yang dia buat adalah antara dia dengan Allah.”

Sementara itu, Jamal menyifatkan pengalamannya berada dalam tahanan polis sebagai sesuatu yang banyak memberikannya pengajaran serta memberitahu telah susut berat badan sebanyak 7kg setelah keluar.

T
sumber: berita harian

Nampaknya keadaan di penjara berjaya memberikan pengajaran pada Jamal. 

Baca: “Masuk penjara macam masuk lubang kubur” – Jamal

Alahaijamal 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.